KETIKA penularan wabak Covid-19 yang semakin menunjukkan peningkatan saban hari, sudah tentu golongan paling tidak menang tangan adalah frontliners. Dengan mengenakan kelengkapan pelindung diri (PPE) sehingga berjam-jam, petugas frontliners ini mencurahkan pelbagai khidmat bakti demi memastikan kesejahteraan masyarakat terpelihara. Namun dalam kesibukan dan kepenatan melakukan tugas hakiki, mereka masih mampu menggembirakan insan lain sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pelayar Twitter ini. ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! Siapa tak faham konsep kuarantin di rumah, mohon baca dan ‘hadam’ penerangan panjang lebar doktor ini ARTIKEL BERKAITAN: Bertanggungjawab, cantik bahasanya! Masyarakat ‘panas’ isu kuarantin, sekeping nota di pintu jadi penyejuk hati abang rider Menerusi video berdurasi 16 saat yang dimuat naik menerusi akaun Khiera_Wzag, kelihatan beberapa petugas frontliner membawa kek ke biliknya sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. Video tersebut sehingga kini meraih lebih 267,000 tontonan dan 9,300 retweet, selain dibanjiri komen netizen yang memuji petugas-petugas berkenaan. Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Nur Fakhira Amani Abdul Ghani ini berkata dia sendiri tidak menyangka menerima kejutan sempena hari lahirnya ketika sedang menjalani kuarantin. Nur Fakhira Amani menerima kejutan berupa sepotong kek sewaktu hari jadinya, pada 15 Oktober baru-baru ini. "Beberapa hari sebelum itu, timbalan naib canselor universiti ada buat meeting secara online dengan pelajar-pelajar yang sedang menjalani kuarantin. Beliau bertanya khabar, kesihatan fizikal dan mental. "Saya cuma jawab sedih sikit sebab terpaksa raikan hari jadi seorang diri dalam bilik pada tanggal 15 Oktober. Beliau pun ucapkan Selamat Hari Jadi awal-awal. "Tiba-tiba masa waktu makan tengah hari, petugas frontliners macam biasa ketuk bilik hantar makanan dan mereka tanya sama ada ini bilik Fakhira Amani. Saya pun iyakan dan mereka terus menyanyi lagu Selamat Hari Jadi dan beri sepotong kek," kata penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) ini. Mereka dah lah penat tapi masih sempat lagi gembirakan orang lain. Itu yang membuatkan saya sangat-sangat terharu. NUR FAKHIRA AMANI PENUNTUT Ujarnya, dia terlalu sebak sehingga menitiskan air mata kerana tidak menyangka menerima kejutan sedemikian. "Mereka dah lah penat tapi masih sempat lagi gembirakan orang lain. Itu yang membuatkan saya sangat-sangat terharu," ujarnya sambil menambah, kejutan kek tersebut diberi kepada setiap pelajar yang dikuarantin yang dilahirkan pada bulan Oktober. Menurut Nur Fakhira Amani, keluarganya memberikan kata-kata semangat dan positif sepanjang dirinya menjalani kuarantin. Bercerita serba sedikit mengapa dia dikuarantin, menurut Nur Fakhira, dia merupakan salah seorang kontak rapat kepada kes positif Covid-19 yang juga merupakan seorang pelajar dari Sabah. "Rakan saya itu pun tak tahu dia positif-19 sehinggalah menjalani ujian. Namun Alhamdulillah dia pun dah pulih dan saya juga bakal menamatkan kuarantin 14 hari di bilik kolej pada hari ini (Ahad). Nur Fakhira Amani menjalani kuarantin sehingga 14 hari susulan merupakan kontak rapat kepada satu kes Covid-19, dan hari ini merupakan hari terakhirnya dikuarantin. "Sepanjang kuarantin, semua keperluan disediakan cukup untuk kami. Tak ada yang kurang dan tak rasa sunyi sangat pun. Keluarga pada mulanya risau namun mereka berikan kata-kata positif, dan berpesan supaya kekal positif dan dekatkan diri kepada Allah. "Bagi mereka yang sama situasi dengan saya, jangan terlalu panik dan fikir bukan-bukan. Kelilingi diri anda dengan mereka yang positif. Bagi mereka yang tiada apa-apa dan sihat, jangan lupa patuhi SOP," ujar penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia ini lagi. View this post on Instagram Wahhh salute dengan team frontliners! Walaupun penat dan tak menang tangan ketika ini, mereka masih sempat menggembirakan insan lain. Kredit: Twitter Khiera_Wzag #mstarkongsi #mstarSH A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 18, 2020 at 4:33am PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!