suria

“Salah ke lelaki lembut dicintai?” - Berhak cari jodoh, Ervan Rizuan perjelas kemesraan bersama pelakon YouTube... akui ramai tak setuju

Ramai netizen tertanya-tanya jika benar Ervan bercinta dengan Nik Farin yang juga pelakon YouTube.

KELIBAT selebriti media sosial, Ervan Rizuan yang kelihatan mesra bersama seorang gadis dikenali sebagai Nik Farin ternyata menjadi perbualan ramai netizen.

Berdasarkan posting di media sosial, ramai yang turut memberikan komen jelik dan menganggap mereka tidak sepadan.

Mesra disapa Ervan, jejaka berusia 24 tahun yang memiliki setengah juta pengikut Instagram itu mengakui isu 'lelaki lembut' turut menjadi topik perbualan netizen selepas mereka berdua dilihat sering bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: "Produk mereka tular, saya dapat malu" - 'Sekmung' insaf, dedah pernah diugut buang negeri

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa saudara idaman ramai! Ervan Rizuan hadiahkan 3 telefon pintar sempena raya, ramai tanya ada kuota lagi ke?

"Ramai yang fikir, kenapa dia pilih saya? Sebab teman lelaki dia sebelum ini handsome. Orang tak boleh teirma, lagi-lagi lelaki seperti saya.

"Saya tak terima banyak sangat komen, tapi Nik Farin dapat banyak komen. Ada orang kata dia gold digger, dekati saya sebab wang.

"Sebab dia pun agak dikenali dan pernah menjadi pelakon YouTube sebelum ini. Ramai yang pelik sebab dia dah ada teman lelaki, tiba-tiba bercinta dengan saya pula," ujar Ervan kepada mStar.

Ervan memiliki lebih 500,000 pengikut di Instagram.

Menurut anak kelahiran Terengganu itu, kisah percintaan berkenaan bagaimanapun hanyalah gimik bagi video klip lagu penyanyi Aiman Sidek berjudul Cinta Terakhir yang menampilkan dia bersama gadis berusia 21 tahun itu.

Jelasnya lagi, segala persoalan netizen mengenai hubungan mereka juga terjawab setelah muzik video lagu itu dilancarkan pada 13 Oktober lalu.

Tak semestinya lelaki lembut suka lelaki.

ERVAN RIZUAN

"Aiman Sidek merupakan kawan saya, dia memang dah lama nak ambil saya sebagai pelakon muzik video. Dia juga minta saya cari seorang Instafamous perempuan untuk berlakon bersama.

"Saya senaraikan beberapa nama dan kami sepakat pilih Nik Farin. Saya kemukakan idea, apa kata kita buat tipu-tipu couple? Macam saya perampas.

"Dalam sebulan lebih banyak posting kami bersama. Memang ramai percaya. Orang terkejut saya tiba-tiba ada teman wanita," ujarnya.

Ervan bersama Nik Farin dan teman lelakinya yang sebenar.

Mengulas isu lelaki lembut, Ervan berpendapat golongan itu juga berhak untuk mencari jodoh dan mempunyai teman wanita dan beristeri sebagaimana insan-insan lain.

"Bagi saya, kalau orang tanya pasal lelaki lembut ni, bagi saya tiada manusia yang sempurna. Mungkin dia sempurna bahagian lain, tapi dia lembut.

"Salah ke lelaki lembut dicintai? Tak semestinya lelaki lembut suka lelaki. Ada ramai je yang berkahwin.

Ervan mengakui kemesraannya dengan Nik Farin hanyalah lakonan semata-mata.

"Apa-apapun, saya bersyukur orang tak kecam kata itu gimik murahan. Ramai doa yang terbaik untuk saya.

"Tanpa netizen siapalah saya? Kalau tiada sokongan mereka, memang saya tak akan naik sampai macam ni.

"Suka tak suka, kita tak boleh puaskan hati semua orang," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain