suria

Kanak-kanak sindrom down jadi mangsa komen jahat di TikTok, disyaki kerja budak sekolah rendah... ramai terkilan sampaikan Neelofa titip pesanan buat Puteri Bulan

Neelofa turut memberi kata-kata semangat buat kanak-kanak istimewa itu yang menjadi manga buli di TikTok. Foto: AP.

VIDEO memaparkan seorang kanak-kanak sindrom down di aplikasi TikTok yang menerima komen jahat segelintir netizen ternyata mengundang perhatian ramai.

Terbaharu, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa turut menzahirkan rasa sedih atas nasib menimpa kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Puteri Bulan itu.

"Sedih apabila dia terpaksa berhadapan benda negatif ini sedangkan apa dia buat hanyalah menyerbarkan positiviti dan keseronokan. Teruskan jadi diri sendiri Puteri Bulan," ujarnya di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun berlalu, suatu malam anak autisme ajak ibu saudara ke kubur ibunya hanya untuk peluk nisan - “Kenapa umi meninggal?”

ARTIKEL BERKAITAN: Sindrom Down tak halang Alya kongsi ilmu di taska anak istimewa

Selain Neelofa, seorang lagi remaja turut terpanggil untuk mempertahankan anak syurga itu sehingga perkongsiannya tular dan menerima hampir 12,000 ulang kicau (Retweet).

Bercerita kepada mStar, Siti Nur Farah Annisha Mohd Ramzan, 18, mengakui kagum sewaktu menyaksikan video-video kepetahan Puteri Bulan di TikTok.

Antara video Puteri Bulan yang ditinggalkan dengan komen jelik oleh segelintir pengguna TikTok.

Namun, perasaannya berubah selepas membaca ruangan komen yang turut dicemari dengan kata-kata kurang enak, dipercayai ditulis oleh kanak-kanak lain yang juga pengguna TikTok.

"Saya berminat dengan Puteri Bulan selepas jumpa videonya di TikTok. Walaupun dia sindrom down, tapi dia petah bercakap.

Saya masih terkilan, adik Puteri kongsi video positif, tapi masih ada komen negatif.

SITI NUR FARAH ANNISHA MOHD RAMZAN

"Saya rasa ia dekat dengan hati sebab saya pun ada anak saudara yang juga sindrom down. Tapi anak saudara saya yang berumur 10 tahun tak boleh bercakap lagi.

"Jadi saya rasa dia luar biasa. Bila baca komen, saya jadi agak marah. Saya tengok ramai kanak-kanak komen, mungkin yang sekolah rendah," ujarnya yang mesra disapa Farah.

Berdasarkan pemerhatian di TikTok, perkataan 'gedik' dan 'bodoh' menjadi antara komen jelik yang ditinggalkan segelintir individu terhadap kanak-kanak istimewa itu.

Neelofa turut berkongsi kata-kata semangat di Twitter buat Puteri Bulan.

Menurut Farah lagi, dia berharap agar Puteri Bulan tabah berhadapan komen netizen menerusi aplikasi video itu.

"Kepada adik Puteri, saya harap dia tabah kena komen macam ni. Banyakkan bersabar, saya tahu dia tak salah.

"Saya masih terkilan, adik Puteri kongsi video positif, tapi masih ada komen negatif. Saya rasa terpangggil nak pertahankan dia," ujarnya lagi.

Posting Farah yang tampil mempertahankan Puteri Bulan turut menjadi tular dan mendapat sokongan ramai netizen.

Kata Farah, TikTok sebenarnya satu aplikasi yang bermanfaat jika digunakan sebaiknya.

"Saya baru beberapa bulan join TikTok. Banyak benda baharu boleh dipelajari dalam TikTok.

"Cuma kita kena pandai pilih. Saya rasa ibu bapa kena mainkan peranan khususnya melibatkan pengguna TikTok dalam kalangan kanak-kanak," sarannya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain