BERMULA dari pertanyaan berkaitan dengan seminar pelaburan, siapa sangka dua pengguna di laman Twitter bertemu jodoh dan hubungan berakhir ke jenjang pelamin. Seorang wanita memuat naik tangkapan skrin (screenshot) mesej yang dihantar oleh seorang jejaka dua tahun lalu dan sekeping gambarnya menjadi raja sehari. "Pelaburan yang menguntungkan," tulis pula seorang pengguna akaun Twitter @Megatfariso yang mengulang kicau posting yang dimuat naik di akaun Twitter @anisa_ekhsan. ARTIKEL BERKAITAN: "Dia ajak kawan-kawan tapi semua malas" - Dari plan 'night run' tak jadi, tunggu di garisan penamat... akhirnya ke jenjang pelamin ARTIKEL BERKAITAN: Tweet merapu jurutera putus cinta nak masak Oreo tarik perhatian si dia... sudahnya romantik, 'gila-gila' satukan 2 rakan sekolej - "Dulu tak pernah cakap pun" Berkongsi kisah itu dengan mStar, wanita berkenaan, Nurul Anisa Noorikhsan memberitahu, dia mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Megat Ahmad Faris Ahmad Zahar, 30, pada 2 Oktober lalu. Detik perkenalan antara Anisa dan Megat. -foto twitter anisa_ekhsan Wanita berusia 28 tahun itu berkata, detik perkenalan mereka bermula apabila menerima mesej secara langsung (DM) daripada seorang pengguna akaun Twitter yang diikutinya, pada 2018. "Dia mesej saya selepas saya check in lokasi seminar pelaburan yang saya hadiri di Ipoh, Perak. Dia pula sedang mencari orang untuk dibimbing mengenai saham dan pelaburan. "Saya memang minat dalam pelaburan. Dia yang bekerja di sebuah bank tawar nak ajar saya face-to-face tentang pelaburan secara percuma," katanya. Megat berkongsi ilmu mengenai pelaburan dan saham. Lebih mesra disapa Anisa, katanya, individu pertama yang dikongsikan mengenai tawaran menarik daripada broker saham itu adalah ibunya yang berpengalaman dalam bidang saham selama bertahun-tahun. "Saya kata dengan mentor tu yang saya jadi jumpa dia. Tapi masa jumpa dia, saya bawa mak saya sekali tanpa beritahu dia terlebih dahulu sebab bimbang kena scam (penipuan). "Dia memang terkejut tiba-tiba ada mak sekali. Sepanjang sesi pertama tu, banyak juga mak saya tanya dia pasal saham dan nasib baik dia dapat menjawab kesemuanya dengan betul. "Sah! Ini bukan scam. Mak saya yang pada mulanya macam pengawas terus jadi peramah, malah mak luluskan dia jadi mentor saya," ujarnya yang berasal dari Melaka. Megat (kiri) dan Anisa bergelar suami isteri pada 2 Oktober 2020. Selepas beberapa sesi perjumpaan secara berdua selama tiga bulan, Anisa kemudian dipelawa mentornya untuk bertemu secara kasual sebagai rakan. "Dia kata jumpa untuk minum-minum kopi, tak ada borak-borak pasal saham dan pelaburan. Saya okay saja sebab dua-dua single masa tu tapi belum ada perasaan antara satu sama lain. "Selepas itu, ayah pula yang bertanya siapa lelaki yang selalu saya jumpa walaupun tahu dia ajar saya pasal saham. Tapi bagi ayah, identiti dia masih misteri sebab selalu sangat jumpa anak dara orang kan," ujarnya sambil menambah dia membuat pelaburan untuk menjana pendapatan sampingan. Masa bawa dia jumpa ayah dulu, ayah pernah berpesan kat dia kalau nak berkawan dengan anak dia, jangan main-main. NURUL ANISA NOORIKHSAN Tambah Anisa, mentornya itu kemudian dibawa datang berjumpa bapanya untuk mengenali lebih dekat meskipun ketika itu mereka berdua masih berstatus sebagai kawan. "Tapi pada awal 2019, hubungan kami semakin rapat sebelum memutuskan untuk bertunang pada tahun yang sama," katanya yang merupakan kerani di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Respons Megat terhadap posting isterinya meraih perhatian netizen. Mengulas mengenai komen 'pelaburan yang menguntungkan' oleh suaminya di laman sosial baru-baru ini, Anisa turut bersependapat dan bersyukur hubungan mereka mendapat restu daripada ibu bapa. "Mula-mula bawa mak jumpa dia, kemudian bawa dia jumpa ayah. Lepas satu 'ujian', satu lagi 'ujian' dia kena tapi Alhamdulillah dia lulus semuanya. "Masa bawa dia jumpa ayah dulu, ayah pernah berpesan kat dia kalau nak berkawan dengan anak dia, jangan main-main. Dan dia berpegang pada janji... bukan setakat jadi kawan dan mentor tapi akhirnya berkahwin," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!