suria

Tak cukup beraksi di dapur, cef ini kalis kecaman selepas gigih mekap muka sendiri - “Saya mula dengan tepung ubi, air panas...”

Amirul yang bertugas sebagai cef aktif berkongsi video solekan menerusi media sosial.

SENI tak mengenal jantina.

Begitulah pendirian seorang lelaki dari Kemaman, Terengganu yang aktif menghasilkan video solekan menerusi media sosial.

Mula berjinak-jinak dalam bidang solekan sejak tahun 2015, Mohd Amirul Zikry Ahmad yang bertugas sebagai cef mengakui tidak peduli walaupun ada segelintir netizen yang memandang negatif minatnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby doll’ dihujani kritikan... walau tak kecil hati, jurusolek kesan khas tetap ada alasan sendiri - “Dalam 10 yang suka, mesti ada yang tak suka”

ARTIKEL BERKAITAN: Wow mekap ilusi! Belajar di YouTube je, gadis buat magik pada wajah sendiri, tapi belum ada keberanian solek orang lain

"Saya tak kisah sangat. Saya buat mekap pun untuk content di media sosial dan mahu berkongsi ilmu.

"Orang cakap apa-apa, saya tak kisah. Yang kecam pun ada, tetapi saya tak peduli. Lihat dari sudut positif.

"Mereka pun tak bagi apa-apa kepada kita. Yang penting, kita buat (mekap) sebab minat," ujarnya kepada mStar.

Amirul mula mempelajari mekap menerusi internet pada tahun 2015.

Mengulas isu jantina yang dibangkitkan sesetengah individu, dia yang mesra disapa Amirul ada pandangannya yang tersendiri.

Malah katanya, dia turut menjadikan individu dari luar negara seperti Bretman Rock dan Patrick Star sebagai inspirasi termasuklah dari sudut keyakinan diri.

"Ada orang persoal, kenapa lelaki pakai mekap? Pada saya mekap tak kenal jantina, mekap ni untuk kongsi seni dan ilmu dengan orang lain.

Dulu saya mula dengan barang dapur. Guna tepung ubi bersama air panas untuk buat gam pada wajah, guna sirap untuk buat darah.

AMIRUL

"Tak ada tulis pun ada bungkusan mekap bahawa ia untuk wanita sahaja. Atas kefahaman mereka, mekap untuk wanita, tapi bagi saya ia untuk semua.

"Saya hanya teruskan minat, pada akhirnya kita sendiri yang puas," ujarnya lagi.

Selain solekan biasa, Amirul juga cukup berbakat menghasilkan mekap kesan khas yang rumit dan mempunyai cabaran tersendiri.

Lebih menarik, dia hanya bermula dengan barang-barang di dapur rumahnya dan hanya mempelajari teknik itu menerusi internet.

Amirul menyolek wajahnya sendiri sebelum berkongsi hasilnya di media sosial.

"Masa tahun 2015, saya mula dengan lukisan pada wajah menggunakan cat air. Self-thought, saya belajar dari YouTube dan Instagram.

"Dulu saya mula dengan barang dapur. Guna tepung ubi bersama air panas untuk buat gam pada wajah, guna sirap untuk buat darah.

"Kini dah ada duit, boleh beli bahan-bahan sebenar. Kalau nak cuba, cuba dengan apa yang ada sekeliling kita. Saya suka bereksperimen.

"Ia boleh kembangkan kreativiti kita. Kuncinya, perlu sentiasa berlatih sehingga mahir," kata graduan Seni Kulinari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain