PANDEMIK Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak penghujung tahun lalu sememangnya memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat. Rata-rata rakyat di negara ini khususnya, terjejas teruk dari segi pendapatan kerana hilang pekerjaan. Tanpa kita sedari, ada segelintir rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta terpaksa 'mencatu' bekalan makanan gara-gara ketiadaan sumber pendapatan. ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Kentang luah perasaan... puji Melayu sambil imbau kisah ayah diterima baik walau bergelar pendatang - “Biar aku notakan sebelum pulang ke kubur” ARTIKEL BERKAITAN: Memang ramai tertanya-tanya, akhirnya Uncle Kentang buka kisah sedih yang lama disimpan - “Wajah ayah kaku di bangku panjang, ditutup tikar mengkuang” Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, dia berkongsi satu paparan mesej penuh menyentuh hati yang diterimanya daripada seseorang. "Mesej sedih di lewat malam... sedih tengok rayuan macam ni. Tak minta apa pun. Sepapan telur dan sekampit beras dah memadai. "Kita akan hantar makanan esok. Kita faham apa itu lapar dan apa itu susah... di Kajang kes ini. Kita jaga kita," tulis Chee Heng pada perkongsian tersebut. Antara komen netizen yang turut menyuarakan hasrat untuk membantu pengirim mesej berkenaan. Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang turut memuat naik sekeping gambar paparan mesej yang diterimanya daripada individu tersebut. Bukan sahaja kisah kesukaran hidup sehingga terpaksa meminta bantuan makanan yang menyentuh hati netizen, tetapi adab dan bahasa si pengirim juga membuatkan rata-rata yang membacanya berasa hiba. Mesej sedih di lewat malam... sedih tengok rayuan macam ni. Tak minta apa pun. Sepapan telur dan sekampit beras dah memadai. UNCLE KENTANG AKTIVIS MASYARAKAT "Good night Uncle Kentang. Boleh ke saya memohon bantuan makanan? Saya tak minta duit, cuma sekampit beras dan sepapan telur untuk bertahan sehingga hari gaji suami pada Isnin depan. "Beras sudah habis untuk hari ini. Esok tak ada makanan lagi. Uncle boleh hantar orang check (periksa) di rumah saya. Kebaikan Uncle saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan semoga murah rezeki," demikian mesej yang ditulis si pengirim. Uncle Kentang dikenali ramai kerana sering turun padang menghulurkan bantuan termasuk menguruskan penghantaran jenazah umat Islam. Sehingga kini posting tersebut meraih 340 perkongsian di Facebook selain dibanjiri ratusan komen netizen yang menzahirkan rasa simpati dengan keperitan hidup keluarga berkenaan. Malah, ada segelintir netizen yang menyatakan hasrat untuk turut sama menyalurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga berkenaan yang menetap di pekan Kajang itu. Uncle Kentang berjaya membeli beberapa buah van jenazah hasil sumbangan ramai. "Siapa kata rakyat Malaysia tak bersatu? Kita dapat melihat contohnya di sini. Tak kira bangsa atau agama, ramai yang tampil hulurkan bantuan," tulis Jerry Nicholas. "Kita bersatu dan sememangnya ini sikap rakyat Malaysia. Membantu orang susah tak kira bangsa dan agama. Selagi mampu, kita bantu mereka yang memerlukan. Kita jaga kita," tulis Mirza Dahalan pula. "Di page uncle ni saya rasa betul-betul truly Malaysian. Tak kira agama dan bangsa, sama-sama membantu. Tenang jiwa bila tengok," komen Salhadey Saleh pula. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!