TIADA siapa dapat menduga 'kemahiran' netizen, habis segala benda dibongkarkan di media sosial. Gara-gara tular sebuah video mengenai seorang guru menunjukkan skil bermain 'gasing pemadam' di hadapan murid-muridnya di kelas pada minggu lalu, sesuatu di luar jangkaan berjaya ditemui netizen. Siapa sangka akaun Twitter milik seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman, kira-kira 140 kilometer dari Miri, Sarawak itu diikuti oleh akaun Twitter rasmi kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, yang mempunyai lebih 8 juta pengikut. ARTIKEL BERKAITAN: Siap 'thumbs up'! Dah namanya guru... tak sampai hati lihat murid main 'gasing pemadam' cara salah, mulanya tegur kemudian terus ajar - "Saya selalu menang, tapi ada lebih power" ARTIKEL BERKAITAN: Tendangan padu sampai bola jatuh atas lori, mujur Pok Din baik hati kalau tak bye-byelah... paling sempoi anak Terengganu ini ada team sendiri di Mesir Percaya atau tidak, empunya akaun Twitter @NazriMerikan sendiri tidak mempercayainya, namun itulah hakikatnya yang boleh membuatkan jutaan penyokong Manchester City 'gigit jari'. (kiri) Mohd Nazri bersama isteri dan anak di tepi padang. (kanan) Aksi Mohd Nazri menunjukkan skil bermain 'gasing pemadam' di kelas. Guru berkenaan, Mohd Nazri Merikan berkata, dia membuka akaun Twitter pada 2010 dan mendedahkan dia sebenarnya adalah penyokong kelab EPL lain iaitu Tottenham Hotspur. Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, dia mengikuti perkembangan Tottenham pada awalnya kerana para penyokong bersorak bersemangat ala 'chanting' sepanjang permainan. "Mulanya saya minat Tottenham dengan gandingan pemain Vedran Corluka, Niko Kranjcar dan Luka Modric. Sekarang saya minat Harry Kane, Son Heung-min dan Toby Alderweireld. "Corak permainan mereka juga menarik sebab banyak passes dan posession. Tapi dulu Spurs selalu kalah jadi saya suka tengok perlawanan Manchester City," katanya kepada mStar. Mohd Nazri (berdiri, tiga dari kanan) semasa menyertai Sarawak B15 di Sungai Petani, Kedah pada 2008. Mohd Nazri berkata, ketika itu Manchester City di bawah pimpinan pengurus kelahiran Itali, Roberto Mancini dan pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan yang kini juga Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE). "Kelab itu dibeli oleh Pak Arab, jadi macam-macam pemain dimasukkan dengan belanja besar. Ada pemain-pemain hebat seperti Carloz Tevez, James Milner, Gareth Barry, Edin Dzeko dan Emmanuel Adebayor. "Manchester City masa tu saya lihat rombakan besar-besaran dalam team dan setiap permainan ada taktikal yang baru daripada semua pemain. Jaringan gol pun menarik," katanya yang berasal dari Kuching. Mohd Nazri (belakang, lima dari kanan) Bersama pasukan Educator Miri 2020 dalam perlawanan persahabatan di Miri, tahun ini. Bermula daya tarikan itu, Mohd Nazri berkata, dia membuat ulasan mengenai permainan Manchester City dan dikongsikannya di laman sosial miliknya. "Saya ada juga ulas game lain untuk kelab-kelab EPL lain. Tak lama selepas itu, akaun Twitter Manchester City follow akaun Twitter saya. Tapi saya sendiri dah lupa sehingga netizen yang membangkitkannya semula," katanya. Corak permainan Spurs menarik sebab banyak passes dan posession. Tapi dulu Spurs selalu kalah jadi saya suka tengok perlawanan Manchester City. MOHD NAZRI MERIKAN Mohd Nazri yang berpengalaman dalam bidang perguruan sejak empat tahun lalu juga merupakan ‘kaki bola’ sejak di bangku sekolah rendah. "Sejak sekolah rendah saya dah main bola. Saya wakil sekolah menengah ketika Tingkatan Dua, saya wakil Sarawak Bawah 15 tahun (B15) semasa Tingkatan Tiga untuk untuk Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kedah pada 2008. "Alhamdulillah sampai Tingkatan Lima saya masih main bola sepak untuk sekolah, peringkat bahagian. Masa di IPG (Institut Pendidikan Guru) 2011 sehingga 2016, setiap tahun pasukan saya wakil untuk Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah di IPG Ipoh," katanya. Mohd Nazri (belakang) bersama murid-muridnya berlatih bermain bola sepak. Mohd Nazri terus aktif bermain apabila bertugas sebagai guru menerusi Kejohanan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) dan pasukannya merangkul tempat ketiga pada 2017, suku akhir (2018) dan naib juara (2019) serta megikuti pasukan Educator Miri 2020 dalam perlawanan persahabatan di Miri, tahun ini. Mohd Nazri yang merupakan guru sukan dan Matematik itu mempunyai lesen D kejurulatihan bola sepak daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melatih bakat kanak-kanak selepas menyertai kursus kejurulatihan pada 2019. "Guru di sekolah tak perlu lesen tapi kadang-kadang guru ambil lesen, sertai kursus untuk tingkatkan kemahiran, skil, kaedah-kaedah dalam kejurulatihan. "Saya ambil lesen D tu untuk kemahiran coaching. Lesen FAM ni untuk melayakkan individu melatih sama ada kelab atau mana-mana program," katanya. Mohd Nazri (kiri) menerima lesen D kejurulatihan bola sepak daripada urusetia program kursus, Hamri Ali. Bapa kepada seorang anak itu bagaimanapun menegaskan dia terus setia menyokong kelab Tottenham sejak 2005 sehingga kini. "Tapi sedihnya Tottenham tak follow akaun Twitter saya," ujarnya secara berseloroh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 25,2020 at 7:08pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!