"NANTI dah kahwin lagi menyesal kena tanggung biawak hidup." Demikian komen seorang netizen berhubung perkongsian seorang wanita mengenai jejaka yang bakal menjadi suaminya tidak lama lagi. Menerusi mesej yang dikongsi kepada akaun Twitter @twtmalaywedding, wanita yang tidak mendedahkan namanya itu meluahkan rasa rimas apabila terpaksa mengeluarkan banyak belanja dalam hubungan mereka gara-gara lelaki itu terlalu kedekut dan ingin semuanya ditanggung teman wanita. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sayu suami bangun tidur lewat hanya tahu buka tudung saji sepanjang PKP, tak larat membebel... nak tuntut di akhirat - “Dengan geng game online boleh gelak-gelak” ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu dah anak 3 tapi isteri malas masak... barang dalam fridge semua rosak, asyik bergosip adik-beradik - “Baju tak basuh tak lipat tu memang tak payah cerita la” "Saya dan dia akan kahwin pada awal 2021. Keluarga saya pula agak senang berbanding keluarga dia. Setiap kali kami keluar, saya yang keluar duit. "Pergi makan saya bayar, beli rokok dia saya kena bayar. Selepas dah habis makan tu, dia cakap, ha boleh dah pergi bayar," imbas wanita itu dalam nukilan luahannya. Ujarnya lagi, dia kini keliru sekiranya jejaka berkenaan merupakan calon yang tepat atau sebaliknya untuk dijadikan sebagai suami. Wanita itu dan jejaka berkenaan akan berkahwin pada awal tahun depan. (Gambar Hiasan) Namun katanya, sukar untuk dia melepaskan jejaka itu dan mengakui sanggup berkorban segalanya. "Cara dia pujuk saya, clingy semua... saya jadi sanggup berkorban apa sahaja. "Secara keseluruhan kalau nak banding duit yang kami keluar, saya 90 peratus, dia hanya 10 peratus. Setiap kali nak membeli, dia akan screenshot dan hantar WhatsApp kat saya suruh belanja dia. GADIS BUNTU "Bila saya nak tinggalkan dia, dia cari sampai pelosok dunia," katanya lagi. Tambah wanita itu, dia sememangnya ralat dengan 'masalah' itu dan dalam masa sama menganggap ia terlalu sensitif untuk dibincangkan bersama. "Tapi berat la sebab duit tu hasil titik peluh saya. Dan dia tu suka membeli. Jam, baju, kasut. Setiap kali nak membeli, dia akan screenshot dan hantar WhatsApp kat saya suruh belanja dia. "Saya dah turn off tapi saya sayang dia," kata wanita itu lagi. Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 8,200 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Rata-rata netizen di Twitter memberikan nasihat agar wanita itu tidak meneruskan perkahwinan dengan jejaka berkenaan. (Gambar Hiasan) Malah, ia turut dihujani dengan komen netizen yang memberikan pandangan tersendiri mengenai isu itu. "Ciri-ciri dah boleh nak kahwin, tahu tanggungjawab. Setakat boleh layan atau jadi clingy tu, alah baik bela kucing. "Ex aku macam ni. Tinggal je. Nanti dah kahwin lagi menyesal kena tanggung biawak hidup. Nak cakap pasal sayang ni, kena ingat sikit. Memang biasa kalau sayang kita jadi bangang jap. Tapi ingat eh. Sayang-sayang je tak boleh bagi magic tiba-tiba ada makanan atas meja. "Sebiji ex aku. Tinggal je. Biar menangis sekarang bukan kemudian hari. Semua dah tak berguna nanti. "Awak. Kalau dengan sayang boleh magic ada nasi lauk atas meja tak pe. Tapi realiti hidup ni sayang je tak cukup. "Kalau siapa yang tak tahu atau tak familiar dengan terma biawak hidup, inilah dia contoh senang faham," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!