SEJAK Covid-19 melanda negara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tumbuh bak cendawan selepas hujan dengan matlamat mensasarkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat wabak ini. Namun seorang netizen meluahkan rasa curiga terhadap sebuah NGO yang mahu menghulurkan bantuan kepada dirinya tetapi bersyarat. Individu tersebut yang menetap di Kelantan mendakwa dia perlu terlebih dahulu menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM160. ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew beri inspirasi, pemuda terus set up food bank di Sabah... 30 minit barang dah habis - “Seterusnya bank alat tulis” ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai dah tiada kerja, bayi minum air suam, air gula” - Tak sanggup lihat penderitaan, guru jadi sukarelawan... tersentuh dapat sesuatu yang ‘mahal’ Bukan itu saja, sekiranya dia berjaya mengajak orang lain untuk mendaftar keahlian, dia turut mendapat komisyen. Mesej individu terbabit yang dikongsi Mohd Fadli di Facebooknya. Perkara itu didedahkan Mohd Fadli Salleh, seorang guru yang aktif menjalankan kerja-kerja sosial menerusi satu perkongsian di Facebooknya selepas menerima mesej tersebut daripada individu terbabit yang juga rakan mayanya. Terpanggil untuk berkongsi perkara itu di Facebook, Mohd Fadli turut was-was dengan kewujudan NGO tersebut. "Kalau ajak orang join dapat pula komisyen. Ada pula jualan produk mereka. NGO apa gitu? Pelik dan sangat meragukan. "Mereka datang bawa tawaran yang tak logik akal. Yang mana pusat zakat dana beratus juta pun tak bagi tawaran sehebat ini katanya. Antara 15 manfaat yang diperolehi sekiranya menyertai keahlian program tersebut. Menurut Mohd Fadli, terdapat 15 senarai bantuan bersyarat yang ditawarkan seperti bantuan kewangan bulanan dan bantuan selesaikan hutang serta bermacam-macam lagi. "Too good to be true. Yang peliknya siap kutip yuran mahal-mahal, kena cari orang bawah, kena beli produk. Apa ni? Kalau ajak orang join dapat pula komisyen. Ada pula jualan produk mereka. NGO apa gitu? Pelik dan sangat meragukan. MOHD FADLI SALLEH Guru "Jika nak bantu, bantu betul-betul. Jika nak berniaga, buka SSM akaun perniagaan, niaga betul-betul," katanya. Susulan itu, dia turut menasihati NGO tersebut supaya tidak mengambil kesempatan terhadap mereka yang ditimpa musibah. Mohd Fadli (empat dari kanan) turut aktif dalam aktiviti kebajikan. "Tolong jangan campur aduk begini. Berselindung di sebalik nama NGO kata nak datang bagi bantuan pada orang susah tapi ada syarat kena bayar keahlian RM160, kena cari orang bawah, kena beli produk bagai. "RM160 ni jumlah yang besar bagi orang tersepit. Dah la member tu tersepit dan susah, karang tak pasal-pasal mereka kena berhutang nak join sebab baca 15 benefit yang pada aku overclaim dan tak logik untuk mana-mana NGO boleh buat dalam skala besar," katanya. Pada masa sama, beliau turut berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya jika pertubuhan itu berunsurkan MLM atau scam. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!