suria

Bijak sangat kenakan scammer ketika ‘musim BPN’, lelaki ini akhirnya jadi ‘kaunter pertanyaan’ LHDN - “Itu yang terlintas di fikiran”

Faliq berkongsi pengalaman mencuit hati apabila dihubungi seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai LDHN baru-baru ini.

SETIAP hari ada saja individu yang menjadi mangsa sindiket penipuan atau scammer melalui panggilan telefon terutama yang menyamar sebagai pihak berkuasa.

Tidak terkecuali, seorang pemuda turut berkongsi pengalaman dihubungi seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Twitter miliknya.

”Nombor ni (012-2944581) call aku tadi, dia kata dari LHDN. Aku cakap ‘aik saya pun kerja LHDN, tapi hari ni kitorang semua cuti. Terus (dia) letak phone.”

ARTIKEL BERKAITAN: Patut dah check-in... plan 4 sekawan nak rai bakal pengantin punah akibat scam promosi resort, hanya tahu hal sebenar 2 hari sebelum bercuti - “Haram tetap haram”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak sangat dah scam kat situ” - Sedang cakap telefon dengan scammer... sedar-sedar duit dalam bank dah lesap, polis pun pelik!

Perkongsian Faliq Fahmi di Twitter pada Khamis lalu berjaya menarik perhatian netizen dengan meraih 9,000 ulang kicau dan 11,000 tanda suka.



Tweet Faliq mendapat perhatian pelayar di platform media sosial itu.

Menurut pemuda berusia 36 tahun itu, kata-kata tersebut keluar secara spontan.

"Saya jawab secara spontan. Itu yang terlintas di fikiran ketika itu. Lagipun masa tu cuti Malidur Rasul.

"Bila dia dengar saya cakap saya kerja LHDN, lelaki tu terus letak phone. Saya try call balik nombor tu tapi tak dapat," katanya kepada mStar.

Selepas tweetnya menjadi tular, anak sulung dua beradik itu mendedahkan ramai individu menghantar mesej kepadanya bertanyakan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

"Ramai DM saya tanya status BPN mereka. Ada juga yang tanya mengenai income tax. Tak sangka ramai ingat saya betul-betul staf LHDN.



Antara mesej diterima di Twitter selepas tweetnya menjadi tular.

"Saya jadi serba salah masa tu. Jadi saya pun terpaksa jelaskan perkara sebenar di Twitter. Saya beritahu saya cakap macam tu untuk kenakan scammer tersebut," katanya.

Rata-rata netizen terhibur dengan respons Faliq sehingga ada yang mahu meniru ‘tip’ tersebut sekiranya menerima panggilan serupa.

Ramai DM saya tanya status BPN mereka. Ada juga yang tanya mengenai income tax. Tak sangka ramai ingat saya betul-betul staf LHDN.

FALIQ FAHMIE

Pengurus Jualan Antarabangsa

Namun pemuda kelahiran Kuala Lumpur itu mendedahkan dia bekerja sebagai pengurus jualan antarabangsa di sebuah syarikat pembuatan di Puchong, Selangor.

Dalam pada itu, Faliq turut mendedahkan dia nyaris tertipu apabila kali pertama dihubungi sindiket penipuan itu pada Julai tahun lalu.

"Kali pertama tu saya betul-betul percaya sebab dia call cakap ada orang guna kad pengenalan saya bawa kereta sewa dekat Terengganu dan langgar orang.



Faliq nyaris tertipu apabila dihubungi sindiket penipuan pada Julai tahun lalu.

"Masa tu cuak jugalah. Tapi saya post dekat Twitter pasal panggilan tu. Ramai komen benda tu scam. Rupa-rupanya ramai dapat panggilan guna modus operandi sama," katanya.

Mengenai perkongsiannya yang tular itu, Faliq berkata dia hanya ingin berkongsi pengalaman dilaluinya itu supaya orang ramai lebih berwaspada sekiranya berdepan situasi dilaluinya itu.

"Saya ni pun hampir tertipu sebelum ini apatah lagi warga emas yang muda terpedaya dengan taktik sindiket tersebut.

"Jadi saya harap perkongsian ini dapat membuka mata ramai pihak terutamanya pihak berkuasa agar menjejaki pelaku tersebut," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain