SIAPA yang tidak sedih kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik, termasuklah mereka yang mencari rezeki di awan biru. Masyarakat turut bersimpati dengan nasib mereka, memberikan sokongan dan tidak terkecuali memberikan cadangan di laman sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi. ARTIKEL BERKAITAN: Pramugari 'terduduk' meleleh air mata kontrak tak disambung, bergelut sara keluarga sebelum jadi ejen jual kereta - "Pelanggan pertama beli, saya lompat gembira" ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi punca rezeki di awan biru, 3 pramugari hanya terdiam sebelum menangis... maka terhentilah ungkapan keramat itu - "Rehat kami tidak lagi memberi kebahagiaan" "Pramugari yang kena retrenched (diberhentikan kerja), boleh dah pertimbang mohon jawatan waiter (pelayan) kat restoran. Skop kerja lebih kurang," tulis seorang netizen di laman Twitter sehingga menjadi tular. Pandangan seorang netizen mengenai pramugari yang kehilangan kerja. Dalam pada itu, beberapa netizen turut berkongsi pandangan mereka bagi merujuk kepada peluang kerja yang bersesuaian untuk pramugari. "Sekadar cadangan, mungkin boleh cuba mohon bahagian khidmat pelanggan, pembantu kaunter dan perhubungan awam," kata netizen. "Jawatan-jawatan dalam khidmat pelanggan, komunikasi korporat dan pemasaran sangat sesuai. Ramai yang ke arah situ," tambah yang lain. Walaupun pemuda berkenaan sekadar berkongsi pandangannya buat pramugari-pramugari yang kehilangan pekerjaan mahupun bergurau, tetapi tindakannya dikritik kerana tidak memahami skop kerja pramugari. "Apabila anda bodoh dan tidak tahu skop kerja pramugari. Hang nampak dia hidangkan makanan saja. Masa dia buat first aid (pertolongan cemas), hang tak suruh dia jadi doktor pula? Masa dia fight fire (padamkan kebakaran), hang tak suruh dia hadi bomba pula." Antara komen netizen yang memberikan respons. Seorang juruterbang turut memberikan pandangannya, dengan mengaitkan senario semasa yang dihadapi kru kabin termasuk pramugari. "Dah ramai dah buat macam-macam. Semua desparate (terdesak) cari makan. Harap industri awak tak terkesan sangatlah ya sampai boleh buat lawak orang tengah desperate macam ni," ujar juruterbang itu. "Dah ramai kawan-kawan saya yang bekas kru dapat kerja macam-macam sekarang. Ada yang jadi barista, buka bisnes, bisnes dari rumah, kerja di ofis. Ada juga yang duduk rumah akhirnya dapat fokus pada anak-anak dan suami," komen seorang wanita. Dari kerjaya sebagai pramugari, Maliah kini menjadi ejen jualan kereta. - foto Maliah Md Noor Sementara itu, penyanyi, pelakon dan juga bekas pramugara, Zarul Umbrella turut memberi penjelasan mengenai fakta yang salah mengenai pramugari di mana kerjaya itu disamakan dengan pelayan. "Memang kerja kita (kru kabin) nampak macam waiter angkat makanan, bagi makan, minum, ambil order. Tapi sebaliknya, sebenarnya kita dilatih untuk membuat pertolongan cemas, pertolongan sewaktu kecemasan, bila kemalangan berlaku di dalam penerbangan. Memang kerja kita (kru kabin) nampak macam waiter angkat makanan, bagi makan, minum, ambil order. Tapi sebaliknya, sebenarnya kita dilatih untuk membuat pertolongan cemas, pertolongan sewaktu kecemasan, bila kemalangan berlaku di dalam penerbangan ZARUL UMBRELLA "Macam orang bergaduh, kita jadi polis, ada orang sesak nafas, kita jadi nurse, ada orang nak beranak, kita jadi bidan. Ada orang berak merata dalam tandas, kita tukang cuci, semua kita buat. "Saya respek kerjaya sebagai seorang waiter, satu kerja yang halal tetapi kru kabin sebagai waiter amatlah tidak tepat," kata Zarul menerusi video beliau di laman YouTube, tanpa merujuk kepada posting Twitter berkenaan. Tambah Zarul, kru kabin juga perlu menjalani dan lulus pelbagai latihan seperti keselamatan dan kecemasan bagi melayakkan mereka berkhidmat di awan biru. Tiga pramugari Malindo yang turut menerima kesan pandemik Covid-19. -foto Siti Nur Maisarah Johari Beberapa pramugari yang kehilangan kerja di syarikat penerbangan berkongsi pengalaman mereka bersama mStar sebelum ini mengenai pekerjaan yang dilakukan mereka pada waktu sukar ini. Bekas pramugari, Maliah Md Noor, 27, yang mana kontraknya tidak diperbaharui semula berikutan syarikat penerbangannya terkesan dengan pandemik Covid-19 kini menjadi ejen jualan kereta. Malahan, wanita itu turut berjinak-jinak dalam bisnes secara kecil-kecilan menjual sambal ikan bilis, tauhu bergedil dan mengambil upah membuat alteration baju. Selain Maliah, tiga pramugari di sebuah syarikat penerbangan yang baru diberhentikan kerja - Siti Nur Maisarah Johari, 27, Ainul Rashida Ahmad Mokhtar, 26, dan Nur Fatin Alya Zulkefly, 24, masing-masing kini bekerja sambilan sebagai pengasuh dan menjual bertih jagung secara dalam talian, menjadi ejen jualan syampu dan bekerja di kedai minuman. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!