suria

Berat ujian keluarga mangsa bunuh rakan sekolah, Ebit Lew kongsi kisah 3 nabi... terharu dengar kebaikan Nur Surya

Ismail gagal menahan sebak apabila bercerita mengenai kebaikan anaknya yang maut dibunuh Ahad lalu.

PEMERGIAN tragis Siti Nur Surya Ismail, 19, yang dipercayai dibunuh rakan sekolahnya pada Ahad lalu mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew.

Pendakwah popular itu berkesempatan bertemu dengan bapa arwah, Ismail Muda, 58, di kediaman mereka dekat Kampung Lubok Batu, Telemong di Kuala Terengganu pada Rabu malam.

Pertemuan tersebut dikongsinya menerusi satu posting di Facebook dan mendapat perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh pelajar tingkatan 6, rakan ditahan bantu siasatan

ARTIKEL BERKAITAN: Keterangan mencurigakan, remaja perempuan suspek kes bunuh rakan sekolah... ditahan reman 7 hari

Menurut Ebit, dia gagal menahan perasaan sebak semasa pertemuan dengan keluarga remaja berusia 19 tahun itu.



Nur Surya maut dipercayai dibunuh rakan sekolahnya.

"Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini.

"Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah. Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah," katanya mengimbau kata-kata bapa arwah.

Jelas Ebit lagi, bapa arwah mendedahkan anak perempuannya itu seorang anak yang baik.

"Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan tiga.



Ibu Nur Surya antara insan yang paling terkesan dengan pemergian anaknya itu.

"Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan maknya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat," kata Ebit.

Pada masa sama, Ebit turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga arwah kerana simpati dengan nasib mereka.

Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan tiga.

USTAZ EBIT LEW

Pendakwah

"Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakub, kehilangan Nabi Yusuf dan kisah ujian Nabi SAW yang kita cintai.

"Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga," katanya.



Ebit Lew menenangkan Ismail yang sebak bercerita mengenai arwah.

Susulan insiden itu, suspek berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas diserahkan ibunya pagi Isnin lalu.

Polis turut menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa di rumah suspek.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain