PELBAGAI ragam manusia ketika mengimbas suhu badan yang kini sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi ketika pandemik Covid-19. Ini termasuklah mereka yang 'menembak' pengimbas suhu atau thermometer pada bahagian tubuh lain, selain di dahi yang sebenarnya memberi bacaan suhu paling tepat. Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, tindakan seorang wanita mencuit hati netizen gara-gara mengimbas suhu badannya dengan cara unik. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Malaysia rindu 'famili' di Korea Selatan, video kejutan ubat kerinduan - "Ada yang mahu jodohkan dengan anak mereka" ARTIKEL BERKAITAN: Adik sebak sambut birthday, abang-abang selamba gelak! Betul ke seorang tu ada iras artis Korea? - "Saya 'stalk' carian dia semua BTS" Wanita berkenaan membongkokkan badannya untuk membolehkan dahinya diimbas pada pengimbas suhu yang diletakkan di atas meja di luar sebuah premis. "Annyeonghaseyo!" kata wanita berkenaan yang merujuk kepada 'helo' dalam bahasa Korea, dan kedengaran gelak ketawa di dalam video yang diulang kicau lebih 18,000 kali di Twitter. Empat beranak di sebuah restoran untuk makan tengah hari. Anak kepada wanita berkenaan, Norfatimah Hartini Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama ibu, kakak dan adik perempuannya mahu makan tengah hari di sebuah restoran di Kluang, Johor pada Isnin. Gadis berusia 25 tahun itu berkata, ibunya, Rogayah Misran, 57, tidak mahu menyentuh pengimbas suhu tersebut yang dikhuatiri mempunyai kuman. "Thermometer tu sepatutnya didirikan pada satu tiang. Jadi, pelanggan hanya perlu mendekatkan dahi mereka pada thermometer tu untuk bacaan yang tepat. "Tapi, tiangnya tak ada dan peranti tu hanya diletakkan di atas meja. Jadi, mak selamba tunduk dekatkan dahi dia pada thermometer sebab tak nak sentuh," katanya kepada mStar, sambil menambah secara kebetulan membuat rakaman ragam mereka sekeluarga ketika itu. Norfatimah (kanan) bersama ibunya. Norfatimah turut menjelaskan ibunya seorang ibu tunggal itu begitu disiplin dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Berkongsi pengalaman, dia yang berasal dari Kluang itu memberitahu ibunya hanya duduk di rumah sepanjang fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan sejak 18 Mac lalu, bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Mak sanggup bongkok untuk scan di dahi sebab itu bacaan yang tepat. Bukan macam segelintir orang scan di tangan atau bahagian lain, atau lebih teruk tak scan langsung NORFATIMAH HARTINI ABDULLAH "Mak sanggup duduk di rumah tak keluar untuk beli barang dapur ketika PKP. Mak menghidap penyakit asma merupakan golongan yang berisiko, jadi mak mahu kekal berada di rumah ketika itu. "Macam mengimbas suhu, mak sanggup bongkok untuk scan di dahi sebab itu bacaan yang tepat. Bukannya macam segelintir orang scan di tangan atau bahagian lain, atau lebih teruk tak scan langsung," ujar anak keenam daripada 10 adik-beradik itu. Ibu Norfatimah meluangkan masa bersama anak dan rakan-rakan. Bagaimanapun, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di Selangor itu tidak menyangka ungkapan bahasa Korea yang popular itu disebut ibunya ketika mengimbas suhu badan pada hari berkenaan. "Mak saya sebenarnya tidak fasih bercakap bahasa Korea. Tapi mak begitu minat menonton drama dan filem dari Korea. "Antara pelakon Korea Selatan yang diikuti mak adalah Kim Woo Bin, sampaikan mak siap tanya kat anak-anak bila drama baru yang ada Kim Woo Bin nak keluar," kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu. Ibu Norfatimah gemar berkebun. Bukan sekadar pelakon dan model kacak itu, Norfatimah berkata, ibunya yang mempunyai hobi berkebun turut mengenali kumpulan K-Pop terkenal seperti BTS dan Blackpink. "Mak bukanlah peminat kumpulan BTS atau Blackpink. Tapi kalau lagu-lagu mereka keluar di radio atau TV, mak boleh cam. "Bayangkanlah mak ada 12 cucu, tapi boleh cam Jungkook dalam anggota kumpulan BTS yang ramai tu," ujarnya secara berseloroh. Thermometer tu takde stand pastu tengok mak aku ni. ‘Anyonghaseyo’ katanya pic.twitter.com/XoYP2iVH1n — Timah (@pettymah) November 2, 2020 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!