SEIRING dengan peredaran zaman serba moden hari ini, ramai guru menggunakan pendekatan kreatif untuk mewujudkan suasana ceria semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan seorang guru yang siap menyanyi dan menari lagu 'Cek Mek Molek' nyanyian Datuk M Daud Kilau ketika sedang mengajar anak muridnya di sebuah sekolah rendah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Video yang dikongsi Nor Azizah Abd Aziz itu di Instagramnya baru-baru ini menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Hidup tak keruan, cikgu ‘kerjakan’ library sekolah... mahu murid feeling bandar - “Make over paling gila pernah aku buat”ARTIKEL BERKAITAN: Mengajar di pedalaman, guru ‘bina’ kolam renang untuk murid... sanggup tempuh perjalanan beratus kilometer hantar kerja rumah Rata-rata memuji kaedah penyampaiannya yang kreatif dan santai dalam pengajarannya. Gelagat Nor Azizah semasa menjelaskan perbezaan antara pahlawan Mat Kilau dan M Daud Kilau kepada anak muridnya. Menurut guru berusia 34 tahun itu, dia menggunakan idea yang hadir secara spontan itu kerana murid-muridnya keliru mengenai pahlawan Mat Kilau dengan penyanyi terkenal itu ketika dia mengajar topik pahlawan bersejarah itu bagi subjek Bahasa Melayu. "Ramai ingat saya mengajar Sejarah tapi sebenarnya saya guru subjek Bahasa Melayu. Masa tu saya tengah mengajar topik pahlawan Mat Kilau. "Topik tu adalah satu tajuk dalam buku teks Bahasa Melayu tahun empat. Lepas ceritakan tentang siapa Mat Kilau, murid perlu jawab soalan berdasarkan teks. "Tapi ada pula yang keliru tentang pahlawan Mat Kilau dengan penyanyi terkenal Datuk M Daud Kilau. Mereka ingat adik-beradik. Jadi masa tu lah saya nyanyi lagu ‘Cek Mek Molek’ untuk bagi mereka faham," katanya. Nor Azizah sering menggunakan kaedah penyampaian yang kreatif semasa sesi pengajarannya. Malah guru yang sudah berkhidmat di sekolah tersebut selama 11 tahun mengakui kaedah pengajaran yang santai dan kreatif membuatkan murid-muridnya lebih fokus semasa di dalam kelas. "Cara tu sebenarnya nak bagi mereka senang faham dan murid-murid pun tak akan rasa cepat bosan. Tapi ada pula yang keliru tentang pahlawan Mat Kilau dengan penyanyi terkenal Datuk M Daud Kilau. Mereka ingat adik-beradik. Jadi masa tu lah saya nyanyi lagu ‘Cek Mek Molek’ untuk bagi mereka faham. NOR AZIZAH ABD AZIZ Guru "Secara tidak langsung saya boleh kawal kelas. Murid-murid pun akan fokus. Mereka rasa seronok sebab nak tahu apa lagi yang saya nak buat," katanya. Nor Azizah yang mempunyai seorang cahaya mata sering berkongsi video semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang menarik bersama 124,000 pengikutnya di Instagram. Nor Azizah sering berkongsi video menarik semasa mengajar di Instagramnya. Sementara itu, ditanya sama ada dia menjadikan seseorang sebagai inspirasi untuk kaedah pengajarannya itu, Nor Azizah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Gja berkata dia hanya menjadi dirinya sendiri. "Tak ada tiru sesiapa. Siapa yang follow saya kenal saya jenis macam mana. Saya hanya jadi diri saya sendiri. "Biasanya kalau orang tanya siapa yang rakam? Sejujurnya saya on phone dekat atas meja, selalunya di awal sesi dan penutup. Murid tak perasan pun. "Tapi ikut nasib jugalah sebab situasi tu kita tak rancang pun. Kadang ada yang menarik, kadang biasa-biasa. Jadi yang menarik saya akan share dekat IG," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Seronoknya dapat cikgu macam ni... dalam ketegasan terselit hiburan. Confirm tak bosan dalam kelas #mstaronline #mstar15tahun #janganseriussangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Nov 5, 2020 at 2:39pm PST