KEBIASAANNYA murid akan memberikan hadiah kepada guru kesayangan mereka setiap kali sambutan Hari Guru. Namun berbeza situasinya bagi Farrah Norashikin Juhari, seorang guru di sebuah sekolah rendah di daerah Kota Setar, Kedah apabila menerima hadiah sebatang gincu daripada seorang anak muridnya beberapa hari sebelum sekolah ditutup sepenuhnya susulan wabak Covid-19. Momen tersebut dikongsi guru berusia 38 tahun itu menerusi satu video berdurasi 27 saat di Instagram miliknya sehingga menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut prank hadiah RM50, guru pening cari minyak angin, sebak fikirkan murid jual lukisan kumpul duit “Terima kasih Farhana” ARTIKEL BERKAITAN: “Tanya kenapa lewat, dia kata sebab jalan kaki” - Naik bas tapi sampai lambat ke sekolah, kemusykilan guru terhadap pelajarnya terjawab jua Rata-rata netizen memuji tindakan murid tersebut yang pandai menghargai gurunya meskipun baharu saja berusia lapan tahun. Menurut guru itu, dia terkejut menerima gincu berjenama mahal daripada anak muridnya yang dikenali sebagai Ku Muhammad Hafiz Zulkarnain. Gincu pemberian Hafiz kepada Farrah yang dibeli menggunakan duit simpanan hasil jualan ikan puyu dikailnya. "Kisah hadiah tu bermula daripada insiden seorang murid perempuan sama kelas dengan Ku Muhammad Hafiz yang memberikan sebiji rotinya kepada saya. "Ada satu hari tu memang saya sibuk tak sempat pergi kantin. Jadi saya nak kirim dekat murid saya minta belikan roti. Tiba-tiba ada murid datang beri roti pada saya. "Saya tolak tapi dia tetap nak bagi juga sebab dia kata bawa dua biji roti. Masa tu memang saya rasa nak nangis. Kenapa hang baik sangat. "Saya pun pujilah Nisa depan murid lain. Biasalah budak kan, bila tengok kawan dia buat, depa pun nak buat juga. Dari situlah bermula kisah hadiah gincu tu," katanya kepada mStar. Namun Farrah amat terharu selepas mengetahui murid tersebut membelikan hadiah tersebut menggunakan duit hasil jualan ikan puyu dikailnya. "Dia tak beritahu tapi kawan-kawan dia pecah rahsia. Ada kawan dia beritahu cikgu... cikgu Hafiz nak bagi cikgu lip matte. Saya saja tanya mana... memang tak sangka dia betul-betul nak bagi. "Kawan dia beritahu dia taruh duit. Lepas tu saya tanya kamu simpan duit nak belikan cikgu ni. Dia kata haah. Masa tu saya rasa sebak sangat tapi tahan nak keluar air mata. Farrah sering berkongsi video anak muridnya di platform media sosialnya. "Saya tanya pula berapa harga. RM42 cikgu... saya peliklah mana dia dapat duit banyak tu. Rupa-rupanya dia beli guna duit jual ikan puyu yang dia simpan. Terkejut saya, nak menangis pun ada," katanya. Malah, Farrah juga sebak apabila murid tersebut turut membelikan gincu sama untuk ibunya. Kawan dia beritahu dia taruh duit. Lepas tu saya tanya kamu simpan duit nak belikan cikgu ni. Dia kata haah. Masa tu saya rasa sebak sangat tapi tahan nak keluar air mata. FARRAH NORASHIKIN JUHARI Guru "Saya tanya mak dia tahu ke? Takut jugalah kan. Dia beritahu saya dia belikan mak dia juga. Lega jugalah bila dengar. Tapi saya memang tahu dia jual ikan puyu sebab dia suka mengail. "Sebelum ni kawan dia pun ada cerita Hafiz belanja kami. Dia bawa RM32. Masa tulah terkeluar cerita dia jual ikan puyu. Bila ada makcik yang beli dia pun syoklah dapat duit. "Mula-mula saya ingatkan gincu tu harga RM24 sebab saya macam dengar dia sebut macam tu. Rupa-rupanya dalam komen pada video tu beritahu gincu tu memang mahal," katanya. Hafiz menerima hadiah ikan laga pemberian kakak kepada Farrah sebagai tanda penghargaan di atas tindakan terpujinya itu. Dalam pada itu, Farrah berkata dia berkongsi video tersebut di media sosial bagi menghargai pemberian anak muridnya itu. "Saya memang selalu share video di media sosial saya. Tapi video ni saya share sebab ada nilai sentimental. Walaupun dia kecil tapi dah pandai menghargai jasa guru. "Tak sangka kakak saya tengok video saya share di Facebook. Rupa-rupanya senyap-senyap dia order ikan karin (laga) kata orang Kedah. "Esoknya tiba-tiba ada orang call mai sekolah cakap nak hantar barang, tengok-tengok ada nama Hafiz. Saya pun bagi ikan hadiah kakak saya tu pada dia," katanya. Sehingga hari ini, video tersebut yang dikongsi Farrah di Instagramnya mendapat hampir 100,000 tontonan di kalangan netizen. View this post on Instagram “Mak dapat jugak”.... alololo sweetnya adik ni #mstaronline #mstar15tahun #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Nov 11, 2020 at 7:12pm PST Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!