TANGGAL 11 November, genap sebulan si ibu pergi menghadap ilahi namun pemergiannya masih bagaikan mimpi buat anak kedua daripada lima beradik ini. Malah kerinduan pada ibunya yang pergi secara mengejut membuatkan Farah Aqilah Mohamed Yusoff kerap kali berkunjung ke pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin di Taman Kelisa, Sungai Petani, Kedah. Kehadiran gadis berusia 22 tahun itu apatah lagi dalam keadaan masih berbaju uniform FoodPanda menarik perhatian seorang netizen yang berkongsi momen sebak tersebut di Facebook sehingga menjadi tular.ARTIKEL BERKAITAN: Cinta hingga nafas akhir! Anak sedar sesuatu selepas lihat bapa teresak, tak lepas peluk keranda ibu - “Mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun”ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... Ibu menyusul selepas 42 hari bapa meninggal dunia, anak bongsu puas dapat mandikan dua jenazah Mesra disapa Farah, dia terkejut apabila mendapat tahu gambarnya dikongsi wanita dikenali sebagai Ummi Azzahra. Gambar Farah yang dikongsi Ummi Azzahra berjaya menyentuh hati netizen. "Sebenarnya kawan yang beritahu. Dia forward gambar dan tanya eh... orang dalam gambar (kat kubur) ni kau kan? "Saya kata ya dan tanya mana dia dapat gambar tu? Dia beritahu ada seorang akak tu share dalam Facebook. Saya terkejut jugalah," katanya kepada mStar. Menurut Farah, sudah menjadi rutin dia akan berkunjung ke pusara ibunya, Zuria Harun, 49, yang pergi secara mengejut pada 11 Oktober lalu. Jadi bila pergi ke situ saya rasa tenang. Biarpun sekejap tapi rasa puas sebab dapat bercerita dengan dia apa saya buat hari tu. FARAH AQILAH MOHAMED YUSOFF Rider FoodPanda "Sebenarnya dalam seminggu adalah dalam dua atau tiga kali saya akan pergi ke kubur mak. Bagi saya apa yang saya buat tu biasa-biasa saja dan saya rasa ramai orang lain pun buat perkara sama. "Mungkin waktu akak tu pergi kebetulan saya ada di situ. Jadi dia ingat saya setiap hari ke sana. Waktu dia nampak saya tu saya tengah break (rehat). Masa tu dalam pukul 6.15 petang... adalah setengah jam saya di sana," katanya. Jelas Farah, dia pergi ke situ kerana itu satu-satunya cara untuk melepaskan kerinduan terhadap arwah ibunya. Farah (kanan) bersama arwah ibunya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. "Saya ke situ sebab rindu kat mak. Selalunya sebelum pergi kerja saya akan cium tangan mak, minta dia doakan agar saya dapat order banyak. "Tapi sekarang mak dah tak ada. Rasa lain sangat-sangat, apatah lagi dia sering beri semangat pada saya bila saya rasa down order kurang. "Jadi bila pergi ke situ saya rasa tenang. Biarpun sekejap tapi rasa puas sebab dapat bercerita dengan dia apa saya buat hari tu," katanya. Mengenai hubungan dengan ibunya, Farah berkata dia rapat tetapi tidak serapat kakaknya, Aidila Fitriah, 23. "Saya rapat tapi kakak lagi rapat sebab dia ada bersama dengan mak setiap masa. Dia banyak tolong mak buat kuih. Dari situ dia belajar buat kuih sekali. "Sekarang kakak yang teruskan bisnes mak. Ada hikmah dia tolong mak. Kuih dan makanan yang kakak masak sebiji rasa macam mak buat. Pemergian ibunya amat dirasai Farah dan juga empat adik-beradiknya yang lain. "Terubat juga rindu bila nak makan kuih dan masakan mak. Sekarang setiap kali sebelum keluar kerja, saya akan cium tangan kakak. Dia ibarat pengganti kepada mak," katanya. Ketiadaan ibunya membuatkan Farah gigih mencari rezeki untuk menyara tiga adiknya yang masih bersekolah. "Saya masih ada tiga lagi adik yang bersekolah. Seorang tingkatan 6, seorang lagi di MRSM dan yang bongsu dekat sekolah tahfiz. "Merekalah jadi kekuatan saya untuk terus mencari rezeki. Saya juga nak bantu abah sebab pendapatan kerja tukang besi pun tak seberapa. "Lagipun mak pernah minta saya jaga adik-adik. Jadi saya nak mereka berjaya untuk banggakan arwah mak," katanya yang bekerja sebagai rider FoodPanda sejak lima bulan lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!