SUDAH menjadi kelaziman bagi setiap isteri, tugasan di dapur biasanya menjadi rutin harian mereka. Namun sesekali, pasti timbul perasaan malas untuk memasak dan mahu menikmati juadah dari luar. Begitu juga dengan seorang wanita di Facebook yang mana berlaku satu kejadian lucu selepas dia membuat pesanan dari sebuah restoran makanan segera popular baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Baik sangat-sangat, saya suka” - Suami nyaris ‘dikebas’ pelanggan, peniaga pecat runnner kesayangan serta merta ARTIKEL BERKAITAN: Wanita harap rider faham tugas, jangan beri alasan ‘lambat sebab cuaca’ - “Tak pernah dengar perkataan baju hujan kot” Menurut Amira Aziz, dia sama sekali tidak menyangka suaminya yang juga seorang rider akan ditugaskan untuk menghantar makanan ke rumah mereka. "Ni bukan masak tak jadi, ni kantoi tak masak dengan suami. Suami saya rider McDonald's. Hari ni tiba-tiba malas nak masak. "Cakap dengan anak-anak, kita order McDonald's je la hari ni. Anak-anak pun suka. Saya ingat dapat kat rider lain. Saya tunggu juga rider tu call saya, tapi tak call. Amira sama sekali tidak menyangka rider yang ditugaskan menghantar makanan adalah suaminya sendiri. (Gambar Hiasan) "Tunggu dalam setengah jam, dengar bunyi hon. Sekali keluar tengok suami sendiri yang hantar order tu. Patutlah dia tak call," tulisnya. Menerusi posting itu, Amira Aziz turut memuat naik foto suaminya yang sedang menyerahkan bungkusan makanan kepada anak mereka di hadapan rumah. Posting itu ternyata mengundang gelak ketawa ramai netizen. Saya bukan malas nak masak, cuma penat. Sebab saya pun bekerja juga. AMIRA AZIZ Malah, ia sehingga kini meraih hampir 100,000 tanda suka (likes) di laman sosial itu. Dalam posting sama, Amira Aziz turut membuat penjelasan sekiranya ada yang beranggapan dia seorang yang pemalas untuk memasak. "Saya bukan malas nak masak, cuma penat. Sebab saya pun bekerja juga. Bila balik kerja, saya sambung tengok anak-anak dekat rumah. "Sebab suami saya buat order sampai malam. Takut orang salah faham ingat saya pemalas," jelasnya lagi. Posting yang dikongsi pada Ahad itu turut dihujani lebih 7,000 komen netizen. Posting kisah isteri rider itu dihujani lebih 7,000 komen di Facebook. "Comel dan sweet. Tak apa sis. Bukan semua orang pemalas, apa salahnya sekali-sekala order? "Memang sweet. Rezeki tak pernah salah alamat, jodoh pun tak pernah salah alamat. "Sweet kan suami sebagai rider hantar makanan untuk anak isteri secara kebetulan? Moga selalu bahagia sis. "Tak apa sekali-sekala. Saya pun kalau penat, saya tak masak. Order je," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!