suria

Tak ramai kawan perempuan, pemuda ini akui hilang sahabat lebih sakit dari putus cinta - “Mimpi ‘tak bagi balik’ petanda dia nak pergi”

Aqil dan Fara bersahabat baik sejak di tingkatan satu lagi.

SAHABAT yang baik sukar dicari dan pemergiannya pasti tiada galang ganti.

Itulah hakikat yang terpaksa diterima Muhammad Aqil Ashraff Anuar yang baru kehilangan sahabat baiknya, Fara Dilayla Mohamad Dainol, 16, akibat kanser pada pagi Sabtu.

Pemuda tersebut berkongsi kesedihannya mengenai pemergian sahabat baiknya itu menerusi satu bebenang di Twitter sehingga meraih lebih 5,000 ulang kicau dan 16,800 tanda suka daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku penatlah esok aku nak tidur“ - Bangun sahur awal, selera lain macam... rider ‘tutup mata’ selamanya selepas beli baju raya 4 adik

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda usung jenazah, tapi tak mahu sahabat masuk liang - “Saya tak sedap hati... Bunyi gagak tu pelik, macam nak sampaikan sesuatu”

Menurut Muhammad Aqil Ashraff atau lebih mesra disapa Aqil, pemergian Fara Dilayla begitu dirasai kerana mereka telah bersahabat sekian lama.

"Kami memang rapat, berkawan sejak Form 1 lagi. Dia memang baik. Dialah tempat saya mengadu masalah dan selalu ada time saya sedih.

Aqil selesa berkawan dengan Fara yang disifatkan sebagai sahabat yang baik dan disenangi ramai.

"Sebenarnya saya tak ramai kawan perempuan. Jadi bila dia dah tak ada tu memang rasa sedih sangat-sangat.

"Betullah orang kata hilang sahabat memang memeritkan. Rasa sakit tu memang lagi sakit dari putus cinta," katanya kepada mStar.

Jelas Aqil, sahabatnya itu dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) minggu lalu namun keadaannya semakin merosot.

"Dia sakit dari 2018 lagi, dia OK sekejap tapi lepas tu sakit tu datang balik. Ikutkan baru lagi dia masuk hospital tu.

"Saya sempat melawat dia hari pertama di hospital. Masa tu tak sanggup tengok dia tahan sakit macam tu.

"Sedih tengok dia terpaksa guna bantuan oksigen untuk bernafas. Keadaan dia masa tu 50-50," katanya.

Malah Aqil berkata dia tidak menduga mimpi Fara memintanya untuk menemaninya di hospital satu petanda sahabatnya itu akan pergi buat selama-lamanya.

Gambar kenangan Aqil dan Fara bersama Dina, seorang lagi sahabat baik mereka.

"Sebelum dia meninggal tu saya dan dua lagi kawan lain ada mimpi tentang dia. Dalam mimpi tu saya nak balik, bila dah separuh jalan dia panggil saya.

"Lepas tu saya datang balik, saya gerakkan tangan dia. Dia kata jangan balik dulu, temankan dia. Lepas tu saya terus tersedar. Rupa-rupanya dia bagi hint nak pergi.

Betullah orang kata hilang sahabat memang memeritkan. Rasa sakit tu memang lagi sakit dari putus cinta.

MUHAMMAD AQIL ASHRAFF ANUAR

Rakan

"Saya juga pernah beritahu dia nanti saya nak belanja dia dan kawan-kawan makan bila dia dah keluar hospital. Jadi saya minta dia kuat. Kami akan tunggu tapi dia kata kat saya 'kalau sempat'," katanya.

Mengenai perkongsian di Twitter, Aqil berkata posting itu dibuat sebagai kenangan antara mereka berdua.

"Saya tweet nak simpan kenangan dengan dia tapi tak sangka viral sebab saya bukan main Twitter sangat.

"Memang terkejut. Pada masa sama ramai bagi kata-kata semangat minta saya kuat. Lepas tu barulah rasa OK sikit.

Aqil turut berkongsi berita pemergian Fara di Insta Story.

"Saya harap siapa-siapa yang baca artikel ni sedekahkan Al-Fatihah dan doakan arwah semoga tenang di sana," katanya.

Tambah Aqil, jenazah Fara yang juga anak sulung daripada empat beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras selepas Asar pada Sabtu.

Rata-rata sebak dengan perkongsian tersebut.

"Semoga roh dicucuri rahmat bro. Aku dulu pernah hilang seorang sahabat. She passenger MH370. Until now i’m hoping she coming back Malaysia," tulis Aelmirz.

"Aku meremang baca apa yang ditulis. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah (dibaca)," kata Nurin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain