suria

Buat tugasan video pandemik dan pensyarah bagi 5 bintang, pelajar luah rasa takut fikirkan masa depan - “Apa akan jadi pada saya, kawan-kawan lain?”

Afiq cuba memberi gambaran mengenai situasi pandemik menerusi tugasan video yang dihasilkannya.

TUGASAN video yang diberikan pensyarah tidak disia-siakan pelajar ini apabila dia menggarap situasi semasa Covid-19 di negara ini khususnya di Kelantan dengan penuh emosi.

Menurut Muhammad Afiq Asyraf Muhd Alwi, 22, dia mengakui topik pandemik cukup dekat di hati, malah sejujurnya banyak memberi kegusaran buat dirinya.

"Ia merupakan projek assignment. Bila saya mula buat, saya rasa topik pandemik sangat dekat dengan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar konon bergurau nak sekolah kembali ditutup, kongsi tip dijangkiti Covid-19 teruk kena hentam - “Kami bukan tak ada otak...”

ARTIKEL BERKAITAN: Tugasan kelas online je tapi siswi UiTM cabar diri edit video ala-ala filem Enola Holmes, hasilnya memang wow!

"Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan, malah memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

"Walaupun saya masih belajar, ia tetap memberi kesan kepada saya," katanya kepada mStar.

Mesra disapa Afiq, penuntut bidang Rekaan Grafik di Politeknik Muadzam Shah, Pahang itu mengakui risau memikirkan masa depan dirinya dan pelajar-pelajar lain melihat pandemik yang melanda seluruh dunia.

Afiq merupakan penuntut bidang Rekaan Grafik di Politeknik Muadzam Shah.

"Apa akan jadi pada saya dan kawan-kawan yang lain? Orang yang kerja pun diberhentikan kerja, saya pula sepatutnya habis belajar tahun depan.

"Sangat risau. Bimbang nak mulakan alam pekerjaan. Harap semoga Covid-19 segera berakhir.

"Sekarang belajar online, kurang nikmat belajar. Ada yang alami masalah internet.

Saya tahu ramai yang dah bosan pakai mask, tapi kita belum menang lagi.

AFIQ

"Susah nak kongsi idea dengan kawan-kawan," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai video yang dihasilkan, dia dibantu seorang rakan iaitu Fairsh Ahmad yang mana mereka mengambil masa selama tiga hari untuk membuat rakaman di sekitar Pasir Putih dan Kota Bharu, Kelantan.

Afiq kemudiannya mengambil masa sekitar empat hari untuk membuat suntingan sebelum ia dihantar kepada pensyarah.

Antara sedutan dalam video itu.

Malah, Afiq turut berkongsi video berkenan di Instagram dan tak menyangka ia menerima maklum balas positif penonton.

"Saya dah hantar pada lecturer, dia bagi lima bintang. Lecturer suruh teruskan berkarya.

"Dalam video ni, saya nak sampaikan mesej kepada orang ramai mengenai Covid-19.

Afiq akui risau untuk memulakan alam pekerjaan dengan situasi semasa Covid-19 yang melanda.

"Saya tahu ramai yang dah bosan pakai mask, tapi kita belum menang lagi. Saya nak minta mereka semua agar tak putus asa untuk ikut SOP (prosedur operasi standard).

"Harapan saya biarlah wabak ini habis dengan segera," ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain