suria

Murahnya harga sebiji telur! Pasangan peniaga suami isteri ini tak mahu fikir rugi, yang penting 2,000 papan telur licin tak sampai sejam

Azlinda dan suami bersyukur dapat membantu masyarakat dengan membuat jualan pada harga murah pada Isnin petang.

SITUASI getir ekonomi negara akibat pandemik Covid-19 tidak menghalang pasangan peniaga ini untuk bersedekah kepada pelanggan mereka.

Pada Isnin, tular kisah suami isteri pengusaha kedai runcit dari Kota Bharu, Kelantan yang sanggup menjual telur pada harga 10 sen sebiji.

Menurut Nur Azlinda Roslan, 32, idea berniaga sambil beramal itu disuarakan suaminya, Ahmad Najmi Mohd Ashari, 33, sebelum ia direalisasikan pada Isnin petang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dugaan paling besar sepanjang 24 tahun berniaga” - Peniaga pasar malam akui terpaksa pelan-pelan kayuh selepas PKP

ARTIKEL BERKAITAN: Order ‘kencang’ dari pagi sampai malam... video sayu peniaga dikompaun selepas jual 5 botol air terima 1.3 juta tontonan!

"Kami buat untuk jual sambil beramal. Lagipun kami dikelilingi penduduk kampung dan kawasapn perumahan, cara ini juga dapat tarik pelanggan.

"Kami sebenarnya baru enam bulan berniaga. Cara ini dapat bantu agar lebih ramai orang kenal kedai kami.

"Alhamdulillah, kami buat jualan ini dari pukul 3 hingga 6 petang, tapi 2,000 papan telur terjual dalam masa 40 minit sahaja," ujar Azlinda kepada mStar.

Azlinda dan suami mula membuka kedai runcit ini sejak enam bulan lepas.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia terkejut dengan sambutan luar biasa orang ramai yang mula berkumpul di kedainya seawal pukul 2 petang.

Namun katanya, semua mereka mematui prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan Covid-19.

Dalam pada itu, Azlina mengakui bersyukur dengan penerimaan orang ramai dan berhasrat melakukan perkara sama pada masa akan datang.

Niat nak tolong, orang tak boleh kata rugi, sebab kami niat nak bantu.

AZLINDA

"Ini kali pertama kami buat jualan macam ni. Terharu, rasa syukur sangat. Puas hati boleh berniaga sambil tolong orang.

"InsyaAllah lain kali kita buat jualan murah benda lain pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Azlina menolak tanggapan kononnya jualan pada harga murah itu memberi kerugian kepadanya.

Antara barangan yang dijual di kedai mereka.

Malah katanya, dia percaya dengan ketetapan rezeki dari Allah dan menganggap ia sebagai satu sedekah buat masyarakat sekitar.

"Saya memang dah ambil risiko. Niat nak tolong, orang tak boleh kata rugi, sebab kami niat nak bantu.

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua pelanggan yang sokong kami. Yang penting kena bersyukur, rezeki itu datang dari Allah," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain