suria

“Nak dapat seorang pelanggan pun susah” - Jarak pemisah buat anak resah, simpati gerai air tebu bapa sepi... dah la cuaca buruk, PKPB pula!

Perniagaan bapa Wani merosot dek cuaca tak menentu, ditambah pula dengan pelaksanaan PKPB.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisah tular di Twitter mengenai seorang gadis yang sedih melihat perniagaan bapanya merosot sejak beberapa hari lalu.

Lebih pilu, Shazwani Farzana, 21, kini menetap di Negeri Sembilan sementara bapanya pula, Saharudin Rajab, 52, pula berada di Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dugaan paling besar sepanjang 24 tahun berniaga” - Peniaga pasar malam akui terpaksa pelan-pelan kayuh selepas PKP

ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya harga sebiji telur! Pasangan peniaga suami isteri ini tak mahu fikir rugi, yang penting 2,000 papan telur licin tak sampai sejam

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Wani mendedahkan perniagaan minuman seperti air tebu dan cincau kurang mendapat sambutan kerana cuaca tidak menentu sejak beberapa hari lalu.

Keadaan juga bertambah sukar memandangkan tidak ramai pelanggan datang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Besryarat (PKPB) yang kini sedang dilaksanakan.

"Lebih kurang tujuh tahun lepas ayah mula berniaga air minuman, sebelum tu ayah kerja kilang.

"Ayah ada di Kedah, manakala saya menetap dengan mak di Negeri Sembilan sebab mak kerja di sini.

Wani juga akan membantu bapanya sekiranya di pulang ke Kedah.

"Jadi setiap hari ayah biasanya akan update mengenai gerai dalam grup WhatsApp.

"Terbaharu, dia kongsikan mengenai keadaan semasa, cuaca hujan lebat... dengan PKPB lagi. Nak dapat seorang pelanggan pun susah," kata Wani.

Ujar penuntut bidang Rangakaian dan Keselamatan Komputer di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu, jauh di sudut hati dia sedih dengan nasib menimpa bapanya.

Malah, dia turut mendapat ilham untuk membuat hebahan di Twitter dan sama sekali tidak menyangka akan menerima sokongan ramai.

Kalau siapa yang rasa air tebu tu, memang pure. Kerja dia memang renyah.

WANI

"Sedih tengok. Selalu malam-malam ayah juga akan call mak sembang-sembang pasal perniagaan dia.

"Saya tak berniat nak viral pun. Sekadar kongsi di Twitter. Rasa kasihan sebab perniagaan ayah merosot. Saya hanya mahu minta doa warga Twitter.

"Tapi tak sangka ramai yang bagi sokongan sehingga ia viral di Facebook. Ramai yang perihatin dan luah hasrat mahu datang ke gerai ayah.

"Doa mereka pun dah cukup untuk beri semangat buat ayah. Sekarang ayah cuti tiga hari, dia mahu berehat. InsyaAllah Sabtu ni gerai akan akan dibuka semula," ujar Wani.

Jelasnya lagi, gerai bapanya terletak di Seri Astana, Sungai Petani dan selain minuman dia turut menawarkan aneka kuih muih.

Kedatangan pelangan merosot sejak PKPB dilaksanakan, ditambah dengan keadaan cuaca buruk sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Wani mendedahkan bapanya juga mengalami masalah kesihatan dan sering sakit kaki sehingga dia tidak boleh berdiri dalam tempoh lama.

Namun, dia tetap kagum dengan kecekalan bapanya yang disifatkan cukup teliti khususnya dalam penyediaan air tebu.

"Saya pun kalau balik ke sana, akan bantu ayah. Tapi dia memang seorang yang sangat teliti.

"Untuk jual esok, hari ni ayah akan buat semuanya. Ambil masa sehari. Kikis kulit tebu, cuci sampai bersih.

"Kalau siapa yang rasa air tebu tu, memang pure. Kerja dia memang renyah. Dari ambil tebu, cari pembekal dan berniaga, semua ayah buat sendiri," ujarnya lagi.

Di Twitter, posting Wani mengenai bapnya menerima lebih 6,100 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain