AKSI bersahaja seorang wanita berhijab yang mengalunkan lagu-lagu berentak rap menerusi aplikasi video TikTok ternyata mencuri perhatian ramai. Mahu dikenali sebagai Kaka Gee, ada yang menyangka anak jati Brunei ini berasal dari Sabah atau Sarawak memandangkan penggunaan bahasa yang tidak jauh berbeza. Bercerita kepada mStar, Kaka Gee mengaku ada yang sering tersalah anggap mengenai asal-usulnya namun dia tidak kisah akan hal itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah kenal, dua pelanggan bikin panas... spontan ‘battle rap’ di kedai mamak ARTIKEL BERKAITAN: Tok rapper main Tiktok, sekali cuba dah raih hampir sejuta tontonan "Ada, banyak kali. Mereka sangka saya orang Malaysia. Tapi sudah tentu saya OK sahaja. "Ada juga pengusaha perniagaan kecil dari Malaysia hubungi saya untuk buat ulasan produk, tapi saya jelaskan bahawa saya dari Brunei. "Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur mendapat sokongan dan kasih sayang dari rakan-rakan di Malaysia," ujar Kaka Gee. Kaka Gee banyak berkongsi video di TikTok termasuklah lagu rap yang dihasilkannya sendiri. Bercerita mengenai lagu-lagu rap yang dihasilkannya di TikTok, Kaka Gee mendedahkan dia bukanlah penyanyi rap sebenar, malah tiada sebarang pengalaman dalam bidang itu. Namun katanya, dia sering menulis lirik dan ia ternyata membantu dirinya dalam penghasilan lagu berentak rap. "Saya langsung tiada pengalaman sebagai rapper. Saya juga tidak pernah sertai rap battle. InsyaAllah saya akan hasilkan content menghiburkan dan berharap kita semua tabah menghadapi detik sukar tatkala pandemik sedang melanda KAKA GEE "Cuma saya pernah menulis lirik sewaktu masih muda, jadi kemahiran asas itu sudah ada sehingga ia membantu dalam penghasilan lagu rap. "Lagu-lagu rap yang saya hasilkan ditulis dalam buku nota kecil sebelum ia dikongsi di TikTok," jelasnya. Dalam pada itu, dia turut bersyukur apabila ramai pelayar TikTok memuji penampilan dirinya yang manis bertudung setiap kali tampil dengan lagu rap di aplikasi itu. "Alhamdulillah. Saya bersyukur apabila ramai yang memberi response positif terhadap video TikTok saya. Sudah tentu TikTok ada sudut positif dan negatif. Kaka Gee bersyukur lagu rap dihasilkannya turut mendapat perhatian rakyat Malaysia. "Saya juga ada menerima komen negatif tapi biasanya saya akan sekat akaun mereka atau tidak hiraukan langsung. "InsyaAllah saya akan hasilkan content menghiburkan dan berharap kita semua tabah menghadapi detik sukar tatkala pandemik sedang melanda," ujarnya yang meminati SonaOne dan Beyonce. Terbaharu, lagu rap Kaka Gee mengenai ambuk ataupun monyet mencuri mangga turut mencuri perhatian pelayar TikTok. Malah, rata-rata video rap yang dikongsi Kaka Gee menerima puluhan ribu jumlah tontonan menerusi aplikasi itu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!