BERSALIN merupakan saat yang mendebarkan, bukan sahaja untuk kaum isteri malah suami juga. Bagi lelaki yang tidak kuat, boleh pengsan melihat darah semasa isteri melahirkan anak. Namun, seorang lelaki melalui detik mencemaskan apabila menjadi 'bidan terjun' bagi menyambut kelahiran anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Grab cemas, penumpang di sebelah tiba-tiba lompat ke seat belakang - "Saya tak tahu apa-apa mungkin kepala anaknya dah nak terkeluar" ARTIKEL BERKAITAN: Mesej wanita hamil anak sulung alami komplikasi buat doktor sentap, sanggup bawa 'Mera Nam Hai Samhan' ke wad - "Saya pernah lihat bayi, ibu meninggal dunia" Berkongsi pengalaman, suami berkenaan, Zamri Jamal Abdul Hakim memberitahu, kejadian berlaku di kediaman mereka di Bandar Sri Damansara di Petaling Jaya, Selangor, awal pagi Isnin. Zamri (kanan) bersama isteri dan anak mereka yang baru lahir. Suami berusia 35 tahun itu berkata, ketika itu isterinya mengalami contraction dan mahu ke bilik air untuk mandi sekitar pukul 2 pagi, manakala dia sedang mengemas barang-barang. "Tiba-tiba isteri keluar dari bilik air dan beritahu rasa anak dah nak keluar. Air ketuban pun dah pecah. Saya kata okay, nak bawa dia segera ke hospital. "Isteri kemudian kata anak dah nak keluar sekarang. Bila saya tengok, kepala anak dah terkeluar penuh. Tak sempat ke hospital," katanya kepada mStar. Sewaktu tiba di hospital pada awal pagi. Tidak panik, Zamri yang mengikut kelas keibubapaan dengan mempelajari 'gentle birth' iaitu teknik bersalin secara tenang, selesa dan selamat, memutuskan untuk menyambut kelahiran anaknya sendiri. "Terdetik dalam hati, ada dua nyawa di tangan saya. Terdapat kebimbangan mengenai bayi terjerut tali pusat atau pendarahan yang banyak semasa bersalin. "Tapi apa pilihan yang saya ada? Jadi, saya harus tenang dan yakin. Segala-galanya berlaku di bilik tidur kami. Isteri melutut di lantai dengan separuh badannya pada katil. "Saya suruh dia meneran (push), anak dah keluar selepas push kedua. Ia berlaku dengan pantas, tak sampai pun lima minit. Syukur alhamdulillah," katanya. Menurut ahli perniagaan itu, ia merupakan pengalaman kedua dirinya menjadi bidan selepas anak pertama iaitu seorang bayi lelaki kira-kira dua tahun lalu. Jururawat membawa bayi untuk menjalani pemeriksaan. "Masa tu doktor dan jururawat berada memerhati dan memberikan nasihat, tapi saya sendiri yang mengendalikannya untuk menyambut anak saya berdasarkan apa yang dilatih. "Begitu juga untuk kelahiran kedua ni, memang saya merancang untuk sambut sendiri anak ni. Bukan pertama kali, tapi tak sangka sambut di rumah, hanya kami berdua. "Mujur anak kami berusia dua tahun sedang tidur di bilik lain, jadi keadaan lebih tenang. Sebelah tangan saya pegang bayi dan sebelah tangan lagi saya pegang uri," katanya. Terdetik dalam hati, ada dua nyawa di tangan saya. Apa pilihan yang saya ada? Saya harus tenang dan yakin ZAMRI JAMAL ABDUL HAKIM Zamri berkata, isterinya melahirkan seorang bayi seberat 3.1 kilogram kira-kira seminggu awal dari tarikh jangkaan pada 1 Disember. "Selepas bersalin, saya bawa isteri ke hospital, ketika itu anak masih ada tali pusat. Perjalanan dari rumah ke hospital di Kuala Lumpur hanya kira-kira 15 minit," katanya sambil menambah anaknya dijaga oleh ibu yang tinggal berdekatan. Zamri (kanan) dan isteri (kiri) bersama anak pertama mereka. Sehubungan itu katanya, adalah penting bagi suami isteri terutama bakal bapa untuk mempelajari proses kehamilan bagi membina keyakinan dalam menghadapi kecemasan. "Semua orang bersedia untuk bersalin di hospital, tapi tak semua orang bersedia untuk bersalin di rumah. Saya sendiri tak buat persiapan sebab tak jangka pun, di bilik tidur kami penuh darah sebab isteri bersalin di situ. "Isteri memang jenis tahan sakit. Dah mula rasa contraction sejak pukul 7 malam, tapi relaks saja sampai 2 pagi. Masa suntik bius ketika nak jahit di hospital pun dia buat selamba je sampai doktor pun terkejut. "Isteri saya ni memang lain kuatnya, orang lain nak buat skydive (terjunan udara) sekali pun takut, tapi isteri selamba buat skydive sembilan kali dalam sehari sebelum ini di luar negara," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!