suria

Kongsi tarian K-Pop setiap hari sejak PKP, jejaka ini terkejut pengikut di TikTok lebih tenang... tak pernah kecam! - “Habis kerja, saya terus berlatih dua jam”

Allif aktif berkongsi video tarian K-Pop menerusi TikTok.

MINAT mendalam jejaka ini terhadap seni tarian sudah timbul sejak zaman sekolah lagi.

Kini, dia menjadikan platform TikTok untuk berkongsi bakat yang dimiliki sehingga meraih pengikut tersendiri.

Bagi membuktikan lagi kesungguhannya, Muhammad Allif Mohd Sohaimi, 23, tidak pernah gagal untuk berkongsi satu video tarian setiap hari sejak beberapa bulan yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, video belum habis edit tapi dah viral! Ramai teruja tengok ‘Blackpink Malaysia’ menari di Bukit Bintang... sayangnya ada juga yang mulut jahat

ARTIKEL BERKAITAN: Pemalu orangnya... apa kes bakal cikgu B.Inggeris ni sanggup menari di Bukit Bintang? - “Saya pernah kena halau”

"Tak ada satu hari pun yang saya tak menari. Saya mula main TikTok masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu.

"Jadi sejak beberapa bulan lalu, saya konsisten kongsi satu video tarian pada setiap hari. Tak sangka pula akan dapat perhatian ramai," katanya kepada mStar.

Mesra disapa Allif, dia yang banyak berkongsi video tarian K-Pop mengakui terkejut apabila tiada satu pun komen negatif diterimanya setakat ini dalam aplikasi itu.

Allif aktif menari sejak zaman sekolah.

Jelasnya, dia juga terharu dengan sokongan yang diberikan sekali gus menyuntik semangat untuk dia meneruskan minatnya itu.

"Agak mengejutkan, sepanjang saya post video, tak ada satu pun komen negatif. Saya terkejut juga sampai sekarang.

"Cuma ada kawan saya seorang, dia kata tak suka saya menari K-Pop. Yang ini bukan komen dari TikTok.

Saya rasa saya ni penari biasa je, tak layak lagi nak jadi jurulatih.

ALLIF

"Dia buat saya terfikir, perlukah saya teruskan minat ni? Tapi bila fikir balik, dia seorang je yang merungut sedangkan ramai lagi yang suka," ujarnya.

Bertugas sebagai Koordinator F&B di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Selangor, Allif mengakui minat mendalam terhadap bidang tarian membuatkan dia tidak penat dan jemu untuk menghasilkan video baharu setiap hari.

Malah katanya, dia sanggup menghabiskan masa selepas bekerja untuk berlatih dan membuat rakaman bagi memberi kepuasan kepada diri dan pengikutnya di TikTok.

"Biasanya lepas habis kerja, saya terus berlatih dua jam dan rakam. Penat tapi berbaloi.

"Saya dah terbiasa menari sejak zaman belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi.

Allif sewaktu menjadi penari di UiTM.

"Masa tu saya ambil jurusan Pelancongan di UiTM Lendu, Melaka. Saya memang penari untuk universiti.

"Ada juga kakak-kakak di tempat kerja tahu saya suka menari, mereka tanya sekiranya saya mahu ajar mereka berzumba... buat kelas bersama.

"Saya rasa saya ni penari biasa je, tak layak lagi nak jadi jurulatih. Saya ni tak adalah hebat sangat," katanya lagi.

Di TikTok, Allif banyak membuat video tarian kumpulan K-Pop popular seperti 2NE1, T-Ara, Girls Generation, Blackpink dan sebagainya.

Selain tarian K-Pop, dia juga berkebolehan dalam tarian tradisional seperti zapin dan inang yang dipelajari sejak di bangku sekolah lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain