RAMAI bakal graduan tidak dapat naik pentas untuk mengambil skrol bagi menandakan tamatnya pengajian masing-masing susulan penularan wabak Covid-19 di negara ini. Namun kekecewaan penuntut Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perniagaan (Pengurusan Keusahawanan Komputer) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ini sedikit terubat apabila ibu dan kakaknya mengadakan ‘majlis’ itu khas untuknya di rumah mereka di Kepong, di ibu negara pada malam Jumaat lalu. Menurut Ahmad Nabil Ismail, 25, ‘majlis konvokesyen’ itu cukup bermakna bagi dirinya walaupun ia sekadar lakonan semata-mata. ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan sukar! Nur ‘graduan lewat ke konvo’ dedah 2 kali ke pusara Wak cari ‘jawapan’ - “Entah dari mana datangnya kekuatan itu” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak kuat nak naik pentas” - Sayu, isteri dedah suami berahsia sambung master sebab ‘takut malu’, meninggal selepas 4 hari disahkan kanser “Saya sepatutnya konvo pada Oktober lalu tapi disebabkan Covid-19 universiti terpaksa tangguhkan majlis tu. Buat masa ini tak dapat dipastikan sama ada majlis konvokesyen tersebut akan diadakan pada tahun depan atau sebaliknya. “Pihak universiti ada beritahu nak hantar skrol tapi tak beritahu bila. Saya pun tak perasaan bungkusan yang saya terima tu skrol degree saya sebab saya pun ada berniaga online. Jadi saya memang tak teringat nak tangkap gambar dengan abang posmen, ” katanya kepada mStar. Kekecewaan Nabil sedikit terubat selepas diraikan ibu dan kakaknya dalam majlis konvokesyen khas di rumah mereka. Jelas anak bongsu empat beradik itu, ‘majlis konvoksyen’ itu merupakan cetusan idea ibunya, Alimah Aburi, 60. “Sebenarnya video tu idea mak. Dia cakap buatlah video sebab saya tak ada majlis konvokesyen. Saya pun OK dan ajak mak join sekali. “Tiba-tiba mak dah siap sarung uniform (Imigresen) dia. Memang terkejut jugalah. Masa tu mak jadi pemberi ijazah manakala kakak pula suara latar dan tukang rakam video tu. Jadi bila dah habis study saya sangat terkesan sebab tak dapat tunjuk skrol kat dia. Tapi saya yakin pahala yang saya niatkan ini untuk bantu mak dan hadiah untuk arwah abah. AHMAD NABIL ISMAIL Anak “Lagipun mak nak hiburkan hati saya sebab sebelum terima skrol tu saya dah jalani banyak interview online. Ada yang kena reject mentah-mentah dan ada tengah tunggu jawapan, jadi saya agak stress, ” katanya. Kisah ‘majlis konvokesyen’ unik itu tular di media sosial selepas dikongsi Ahmad Nabil di Twitternya. “Mula-mula tu saya share dekat Twitter untuk suka-suka dan sebagai kenangan saya di kemudian hari tapi tak sangka viral. Gambar keluarga besar Nabil bersama arwah bapanya. “Sebelum ni sedih sebab tak dapat jumpa kawan-kawan dan lecturer tapi saya gembira bila ramai beri komen positif dan terhibur selepas menonton video tu, ” katanya. Dalam pada itu, Ahmad Nabil turut mendedikasikan segulung ijazah tersebut kepada arwah bapanya, Ismail Sanusi yang meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu. “Masa abah sakit tu saya tengah study week. Jadi masa jaga abah tu saya serba salah jugalah sebab dia tanya tak study ke? Dia juga minta saya habiskan degree sebab nanti senang nak cari kerja. “Jadi bila dah habis study saya sangat terkesan sebab tak dapat tunjuk skrol kat dia. Tapi saya yakin pahala yang saya niatkan ini untuk bantu mak dan hadiah untuk arwah abah, ” katanya. Gambar kenangan Nabil dan ibu bersama arwah bapanya semasa menunaikan haji pada 2015. Ahmad Nabil turut mengakui kehilangan bapanya memberi kesan besar kepada dirinya ketika itu. “Saya hampir give up tapi famili, kaunselor dan lecturer banyak beri semangat pada saya. Mereka banyak bantu saya untuk harungi final exam masa tu. “Pemergian abah memang beri kesan pada diri saya. Saya sebenarnya tak rapat dengan abah, saya lagi rapat dengan mak. Jadi saya ralat sebab tak banyak ada momen indah dengan dia. “Tapi saya gembira sebab saya dapat jaga dia selama dua bulan setengah sebelum dia pergi meninggalkan kami. Saya juga bersyukur sebab dapat mandikan jenazah dia buat kali terakhir, ” katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)