USIANYA sudah hampir mencecah 80 tahun, namun warga emas ini masih membanting tulang empat keratnya untuk mencari rezeki. Di bawah khemah kecil berwarna biru yang terletak di tepi jalan utama menuju ke Penarik, Terengganu, warga emas yang digelar 'Ayah' ini gigih berniaga air tebu yang dihasilkannya sendiri. Kisah 'Ayah' mula menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook Kaksah Katering Besut, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tua gigih usung hasil kraftangan, bakal doktor sedih tak dapat beli banyak... tapi bantu cara lain - “Ada yang sanggup bayar berapa saja upah” ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser telinga, pakcik OKU gigih berniaga di kaki lima bank... tulis atas kertas minta ‘pakat-pakat tolong’ - “Dia masih fikir orang yang lebih susah” Video dan beberapa keping gambar memaparkan Ayah yang berkopiah dan melayani pelanggan dengan tenaga tuanya, benar-benar menyentuh hati netizen. Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Fahmi Che Mohd Fauzi berkata tujuannya memuat naik perkongsian tersebut di Facebook semata-mata kerana ingin membantu warga emas berkenaan dengan menguar-uarkan lokasi gerai air tebunya agar lebih ramai yang datang membeli. Lelaki berusia 79 tahun yang senang disapa 'Áyah' ini membuka gerai air tebu di tepi jalan utama menghala ke Penarik, Terengganu. "Sebenarnya Ayah dah lama berniaga air tebu dekat sini. Hendak dijadikan cerita, gerai Ayah sebelum ini rosak kerana dirempuh kenderaan yang terbabas. "Dek kerana itu, lama juga Ayah tak berniaga air tebu. Secara kebetulan ketika saya melalui kawasan tersebut beberapa hari lalu, kelihatan Ayah berniaga. Itu hari pertama dia berniaga selepas sekian lama 'berehat'. "Saya sempat borong air tebunya ketika itu dan bersembang sebentar. Disebabkan itu saya tergerak hati untuk buat perkongsian di media sosial untuk mengajak orang ramai beli air tebu Ayah," katanya. Saya tak bertanya lebih mengenai keluarga kerana niat saya adalah nak uar-uarkan mengenai gerai air tebu Ayah saja. Lagipun saya bimbang jika ada pertanyaan yang mengguris hatinya. MUHAHMMAD FAHMI CHE MOHD FAUZI PELANGGAN Tambah lelaki berusia 29 tahun ini, dia juga kagum dengan semangat Ayah yang tetap mengerah kudrat meskipun sudah berusia 79 tahun. "Sedih juga sebenarnya lihat Ayah yang gigih berniaga sedangkan pada usianya, dia layak berehat. Namun sebenarnya Ayah ni dia memang suka berniaga dari muda... tak boleh duduk diam. Berniaga ini mata pencariannya. "Dia berniaga air tebu sebelah petang... sebelah pagi ada masanya dia jual sayur-sayur kampung. Tebu dan sayur semuanya ditanam sendiri. Muhammad Fahmi dan kakitangan syarikat katering miliknya sering kali singgah memborong air tebu 'Áyah' dan membantunya. "Proses buat air tebu pun dia lakukan sendiri dan ada masanya dibantu oleh seorang rakan yang juga warga emas berusia 60an. Itu yang saya kagum dengan semangat dan kudrat Ayah," katanya yang juga pemilik Kaksah Katering Besut. Menurut Muhammad Fahmi, Ayah tinggal bersama seorang rakan rapat yang kerap membantunya di rumah yang terletak berdekatan dengan gerai air tebunya itu. "Saya tak bertanya lebih mengenai keluarga kerana niat saya adalah nak uar-uarkan mengenai gerai air tebu Ayah saja. Lagipun saya bimbang jika ada pertanyaan yang mengguris hatinya. Antara komen netizen yang memuji tindakan Muhammad Fahmi menularkan gerai air tebu 'Áyah' malah mereka juga menyuarakan hasrat untuk singgah di gerai berkenaan kelak. "Tak sangka perkongsian tersebut viral. Malah ramai yang hubungi saya tanya nombor akaun, nombor telefon, lokasi malah ramai yang nak 'turun padang'. Saya bersyukur sangat kerana dapat melakukan pertolongan kecil ini. "Malah ketika singgah kali kedua, saya sempat beritahu kepada Ayah... dia gembira sangat. Jadi kalau sesiapa nak singgah, cari sahaja Pejabat Agama Kampug Raja, Besut. Gerai air tebu ayah ada dekat situ," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!