suria

Effort luar biasa, pelajar undang-undang pamer kreativiti demi video TikTok - “Satu reward buat diri saya”

Video transition yang memaparkan perubahan kostum Masnor meraih perhatian ramai di TikTok.

KALAU dah minat, apa sahaja sanggup kita lakukan.

Begitu juga kisahnya gadis ini apabila dia menghabiskan masa selama tiga jam semata-mata untuk menghasilkan video TikTok berdurasi 60 saat.

Menerusi video dengan teknik transition itu, Masnor Tahirah Roslan dilihat tampil dengan beberapa persalinan berbeza yang berubah setiap kali dia memusingkan stereng kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: TikTok punya hal, ibu 5 anak tiba-tiba popular... tanpa bantuan filter kamera - “Mami pun tak ada rutin atau tip pelik-pelik”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak rakam video TikTok dengan isteri, sekali muncul wanita hantar mesej rindu - “Dah jelaskan dia masih tanya siapa Sharina”

Mesra disapa Masnor, gadis berusia 21 tahun itu mengakui proses rakaman berkenaan cukup memenatkan, namun langsung tidak mematahkan semangatnya.

"Penat gila. Saya cakap dekat kapsyen bahawa ia mengambil masa tiga jam, tapi sebenarnya saya rasa lebih daripada tiga jam.

"Penat sebab saya yang buat solekan dan sediakan baju... ada empat persalinan kalau dapat dilihat. Semua tu saya sediakan sendiri.

Masnor menghabiskan masa selama tiga jam untuk menghasilkan satu video TikTok berdurasi 60 saat.

"Saya juga tak jumpa video tutorial. Jadi saya harus cari sendiri kaedah untuk hasilkan video transition itu, try and error je," ujarnya.

Sehingga kini, video yang dihasilkan oleh pelajar bidang Perundangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu meraih lebih 100,000 tontonan.

Dalam pada itu, Masnor juga tidak kisah sekiranya ada yang menganggap usahanya itu sebagai satu pembaziran masa.

"Tak kisah pun, saya buat video pun lepas selesai buat assignment. Ia bagaikan satu reward buat diri saya.

"Kalau orang rasa benda tu macam membazir masa, saya tak kisah. Hanya kita yang faham erti sebenar kegembiraan untuk diri.

Kalau orang rasa benda tu macam membazir masa, saya tak kisah.

MASNOR

"Apa yang menggembirakan kita mungkin bukan sesuatu yang menggembirakan di mata orang lain".

Tambah Masnor, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif termasuklah yang memperkatakan mengenai rupa parasnya.

Namun katanya, dia enggan melayan sebarang komen negatif dan hanya akan memberi reaksi jika mempunyai waktu terluang.

"Semestinya pernah (dikecam). Kalau buat video transition dari wajah tanpa mekap kepada wajah yang sudah disolek, ada yang kata saya fake... sebab tak mekap nampak biasa, bila mekap nampak lawa.

Masnor tak kisah jika usahanya dianggap satu pembaziran masa.

"Tapi itulah tujuan mekap. Apa fungsi mekap kalau muka saya sama je? Mereka tak faham jadi saya biarkan je. Kalau ada mood saya layan," ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, ramai netizen turut meninggalkan komen pada posting video berkenaan.

Malah, ada yang turut berjenaka memandangkan Masnor memusingkan stereng kereta yang digunakannya dalam video itu berkali-kali sepanjang proses rakaman dibuat.

"Tak, aku nak tahu tayar kereta dia tak rosak ke pusing banyak kali sangat tu?

"Tak boleh bayangkan bagaimana awak masuk dalam kereta dan tukar baju dan rakam dan tukar baju lagi. Hebat.

"Saya tak boleh berhenti tengok, hebat dan kreatif," ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, Masnor memberitahu idea di sebalik penghasilan video itu diambil daripada seorang pelayar TikTok luar negara, dikenali sebagai Misoaa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain