suria

Dah 6 tahun tinggal bersama, wanita anggap ibu mentua bagai BFF... sebak imbas saat umrah bersama di Makkah - “Jalan pun kami pegang tangan”

Iqa cukup erat dengan ibu mentuanya dan mereka sudah tinggal bersama sejak enam tahun lalu.

BAGI segelintir wanita yang baru mendirikan rumah tangga, mereka sebolehnya enggan tinggal sebumbung dengan keluarga mentua.

Malah, acap kali juga kita dimomokkan dengan kisah hubungan dingin menantu dan ibu mentua sekaligus memberi igauan ngeri buat wanita yang baru mendirikan rumah tangga.

Namun lain pula ceritanya melibatkan wanita ini apabila ibu mentua sudah dianggap seperti kawan baik sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak tanya anak isteri makan ke tak” - Dah la tanggung suami si biawak hidup, menumpang rumah mentua pula tapi tak ngam

ARTIKEL BERKAITAN: Berjauhan dengan suami, air mata isteri gugur dalam Mc'D kerana sampul tebal... mak mentua sanggup berlari stop kereta demi menantu!

Menurut Atiqah Izzati Abdul Aziz, 30, hubungannya dengan ibu mentua, Arba'iah Yahya, 62, cukup erat memandangkan mereka tinggal bersama sejak enam tahun lalu.

Mesra disapa Iqa, dia percaya hubungan yang baik bermula dengan corak pemikiran yang betul tanpa mengambil kira kisah-kisah buruk melibatkan menantu dan mentua yang lain di luar sana.

"Saya dah enam tahun berkahwin, dah ada tiga cahaya mata. Dari awal kahwin saya duduk dengan ibu mentua.

"Apa pilihan yang saya ada? Suami merupakan anak tunggal. Nak tak nak, kena kongsi kasih.

Kenangan sewaktu mereka sama-sama mengerjakan Umrah beberapa tahun lalu.

"Tapi saya tak takut. Semuanya bermula dengan mindset kita. Tahun pertama, tahun kedua... saya buka hati betul-betul untuk ikut cara mentua.

"Lagi-lagi duduk rumah dia, kenalah ikut gaya dia. Apa yang dia suruh sebenarnya untuk kebaikan," ujarnya kepada mStar.

Sepanjang enam tahun tinggal bersama, Iqa mengakui dia banyak melakukan aktiviti menyeronokkan dengan ibu mentuanya dalam mencari keserasian bersama.

Selain keluar membeli belah, Iqa juga pernah membawa ibu mentuanya tinggal sebilik di hotel setiap kali bercuti.

Saya minta doa depan Kaabah agar dipermudah semua urusan dan hubungan kami sekeluarga

IQA

"Anggap macam best friend. Jalan pun kami pegang tangan. Orang fikir kami anak-beranak.

"Ibu mentua sangat sweet dengan saya. Sebelum kahwin pun dia dah mesra, jalan pegang tangan saya. Masa tu lagi dah ada chemistry.

"Kami keluar shopping, kami check in hotel bersama. Selagi dia ada, kita cuba gembirakan dia," ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.

Tambah Iqa lagi, hubungan itu makin erat apabila dia dan suami, Nabil Adib Idris, 35, mengerjakan umrah di Makkah bersama ibu mentuanya pada tahun 2017.

"Hubungan makin rapat lepas umrah. Kami umrah sama-sama. Saya dan ibu mentua tawaf bersama, buat semuanya bersama.

"Saya minta doa depan Kaabah agar dipermudah semua urusan dan hubungan kami sekeluarga," kata Iqa dalam nada sebak.

Ujarnya, dia juga tidaklah sempurna dan pernah berlawan dengan diri sendiri di awal perkahwinannya dahulu.

Iqa anggap ibu mentuanya seperti rakan baik sendiri.

Namun katanya, dia cuba untuk tidak bersangka buruk dan sentiasa berlapang dada atas apa sahaja yang berlaku.

Di Instagram, Iqa turut berkongsi video berborak isu kekeluargaan bersama ibu mentuanya.

"Sebenarnya ramai tanya. Dari dulu lagi. Orang rasa sangsi bila dapat tahu saya tinggal dengan mentua.

"Kebelakangan ini pun ada yang bertanya. Macam tak percaya dah enam tahun saya tinggal bersama mentua.

"Sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi mengenai topik ini.

"Saya sejujurnya sentiasa minta dalam doa agar umur ibu mentua dipanjangkan. Tak tahu macam mana nak hadapi andai dia dah tiada.

"Saya dah anggap dia macam ibu sendiri," ujar Iqa lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain