suria

10 tahun suami tak makan pujuk,tiba-tiba jadi sporting habis! Ibu 2 anak terkejut dapat restu tunggang superbike - “Saya keluar ride, dia jaga anak”

Wani menerima Kawasaki Z800 pemberian suaminya pada tahun lalu.

BERCERITA mengenai dunia permotoran, ia biasanya cukup sinonim dengan golongan lelaki.

Namun, kaum Hawa juga tidak terkecuali dan ada dalam kalangan mereka mampu menunggang motosikal berkuasa tinggi di jalan raya sama hebat dengan kaum Adam.

Salah seorang daripadanya adalah ibu kepada dua cahaya mata ini yang hanya mahu dikenali sebagai Wani.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sayang martabat wanita ke?” - Pelumba BMX bertudung kalis kecaman, sokongan bertambah selepas buat video TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Anak arwah Aziz Desa berhenti fikir pasal kahwin, mengaku beli motor besar sebab putus cinta - “Kadang-kadang bawa laju pun mulut selawat”

Menurut wanita berusia 33 tahun itu, dia sudah lama meminati motosikal berkuasa tinggi.

Namun katanya, minat itu baru sahaja dapat direaliasikan selepas 10 tahun memujuk suaminya untuk memberikan restu terhadap hobi tersebut.

"Dah lama minat motor, sebab dulu ayah ada motor besar. Tapi mak tak bagi. Ambil lesen untuk motor berkuasa tinggi pun dia tak bagi, sebab risau.

"Tapi tak tahu macam mana, akhirnya saya dihadiahkan motor pada usia 32 tahun. Kiranya 10 tahun juga saya pujuk suami, baru dia bagi greenlight," ujarnya kepada mStar.

Wani bersyukur menerima sokongan penuh suaminya.

Mula aktif sejak setahun yang lalu, Wani yang juga seorang guru pendidikan awal kanak-kanak bersyukur menerima sokongan penuh suami yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata Wani, dia juga berksempatan mengikuti konvoi bersama rakan-rakan sehingga ke Melaka, Pulau Pinang dan beberapa lokasi lain.

"Alhamdulillah suami bagi kepercayaan. Dia tak ride motor macam saya, dia sibuk bekerja.

"Bila dia balik kerja, dia bagi saya keluar ride dan dia akan jaga anak. Saya bersyukur dia hadiahkan saya motor.

Hujan panas tu perkara biasa walaupun warna kulit tangan dah kontra dengan warna asal.

WANI

"Memang bertuah. Tapi saya pun tak banyak pengalaman lagi. Banyak juga aktiviti yang terpaksa ditangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini," ujar pemilik motosikal model Kawasaki Z800 itu.

Menurut Wani, dia juga akan menaiki motosikal untuk pergi bekerja dan menganggap cuaca panas serta hujan merupakan lumrah biasa buatnya.

Malah, dia juga sama sekali tidak menyangka perkongsiannya di TikTok dan Instagram mengenai hobi itu akan menarik perhatian ramai sehingga dia memiliki pengikut tersendiri.

"Saya memang suka rakam video, tapi susah nak edit dengan iPhone. Jadi kawan-kawan cadangkan saya guna TikTok, senang nak edit masukkan muzik. Jadi ia bermula di situ.

"Saya juga menerima banyak pertanyaan kaum wanita yang minat motor. Saya bersedia berkongsi apa sahaja yang mereka nak tahu.

Wani turut berkongsi video bersama motosikal itu di TikTok dan Instagram.

"Saya rajin juga baca komen. Alhamdulillah setakat ni tiada komen negatif. Bagi saya, usia tak pernah terlewat untuk hobi.

"Hujan panas tu perkara biasa walaupun warna kulit tangan dah kontra dengan warna asal. Kereta jadi pilihan terakhir saya kalau bersendirian, lagi mudah kalau naik motor," ujarnya lagi.

Akui motosikal berkuasa tinggi memiliki cabaran tersendiri, Wani bagaimanapun bersyukur apabila dia mampu memahami sifat kenderaan itu itu dan boleh mengawalnya dengan mudah.

Kata Wani, ada yang terkejut mendapat tahu dia baru sahaja berjinak-jinak dengan motosikal memandangkan kemahiran dimilikinya bagaikan orang yang sudah lama berpengalaman.

"Rata-rata saya bersembang dengan kawan-kawan mereka kata cara saya tunggang tak macam orang baharu.

"Mungkin sebab saya dah tahu, dah kenal motor dan ada keyakinan dalam diri. Orang tanya, dah lama ke bawa motor?

"Bagi saya, kalau kita minat, kita pasti boleh buat," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain