suria

Jadikan kebun depan rumah sebagai bisnes, cikgu nak pencen impi buka taman kucing pula - “Niat jual murah-murah sambil sedekah”

Cikgu Nor sudah mula bercucuk tanam sejak tahun 90-an lagi dan turut memiliki 20 ekor kucing di rumahnya.

TATKALA meniti hari-hari terakhir bergelar pendidik, banyak rancangan yang sudah dirangka wanita ini untuk mengisi masa lapangnya kelak.

Menurut Nor Salzafani Mohmed Kisasi, 57, dia memilih untuk mengkomersialkan kebun bunga di halaman rumahnya sekaligus menjadi kerjaya baharu setelah bersara sebagai guru tidak lama lagi.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Cikgu Nor mengakui sudah mula bercucuk tanam sejak tahun 90-an lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berbudi kepada tanah takkan rugi” - Pereka grafik wanita ini rela tinggalkan kehidupan kota, balik Teluk Intan jadi petani

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak bawa ke kebun, dia mengamuk nak ikut” -Bapa hairan Che Tam terlalu sayangkan haiwan, tak kisah digelar Syukur 2.0

Namun, segalanya berubah apabila dia acap kali menerima pertanyaan ramai sehingga mengambil keputusan untuk mula melakukan perniagaan 'Keboon Rumah' selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"InsyaAllah saya akan bersara pada September tahun depan. Minat menanam dah lama sebenarnya.

"Tapi lama kelamaan, ramai yang lalu dan bertanya. Jadi kita ambil keputusan untuk jual.

Cikgu Nor dijangka bersara pada September 2021.

"Sebab saya pun fikir, nanti adalah aktiviti selepas pencen untuk isi masa lapang," ujarnya.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia gembira apabila kebun yang diusahakannya mula mendapat perhatian ramai.

Ia gara-gara usaha anaknya melakukan promosi secara dalam talian menerusi Instagram dan juga TikTok.

Saya memang minat kucing, ada 20 ekor di rumah. Jumpa kucing cacat di sekolah pun saya ambil bawa pulang.

CIKGU NOR

"Tak sangka. Alhamdulillah. Mungkin ini salah satu rezeki nak pencen. Niat pun nak jual murah-murah sambil sedekah.

"Saya kesian tengok orang yang nak beli pokok tapi harganya agak tinggi. Saya ni dah ada benih pokok, saya biak dan jual je lah pada harga murah.

"Alhamdulillah permintaan hari-hari ada. Anak saya yang rajin promosi. Sekarang kami buat penghantaran atau pelanggan boleh walk in.

Suasana di sekitar halaman rumahnya.

"Tapi selepas anak promosi online, kami dapat pelanggan dari Johor dan Sarawak. Jadi kami kena fikir bagaimana untuk hantar kepada mereka," ujarnya yang menetap di Puchong, Selangor.

Menurut Cikgu Nor, dia juga memendam satu lagi hasrat yang mana ia merupakan minat yang sudah bercambah sejak zaman kanak-kanak lagi.

"Sebenarnya niat di hati ada dua. Satu nak buka kebun dan ia sudahpun tercapai. Yang kedua, saya nak buat taman kucing dalam kebun tu.

Antara tanaman yang dijual.

"Saya memang minat kucing, ada 20 ekor di rumah. Jumpa kucing cacat di sekolah pun saya ambil bawa pulang.

"InsyaAllah kalau jadi nyata, pelanggan yang datang, sambil-sambil beli pokok, boleh juga tengok kucing," ujarnya yang berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Petaling Jaya.

Antara yang ditanam di kebun milik guru itu termasuklah pokok kegemaran ramai iaitu money plant, lidah jin, pandan, kunyit. dan banyak lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain