KISAH membabitkan seorang gadis obesiti, Wani Comel yang mendakwa dirinya menjadi mangsa manipulasi usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri hangat diperkatakan di media baru-baru ini. Gadis malang bernama Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, itu menerusi satu sidang media pada Jumaat lalu mendakwa usahawan kosmetik berkenaan hanya menabur janji manis dan menyediakan kontrak berat sebelah untuk melantiknya sebagai duta produk ubat kurus. Dakwanya, selepas menjalani pembedahan bariatrik (pintasan usus) pada Ogos tahun lalu, dia menandatangani kontrak tersebut kerana usahawan berkenaan berjanji untuk membantunya dari segi belanja harian, rumah dan kereta, namun janji berkenaan tidak ditunaikan. ARTIKEL BERKAITAN: Peguam ‘angin’ tengok influencer hamun makcik, risau tindakan maki orang lain dianggap hebat - “Berhenti popularkan mereka ni” ARTIKEL BERKAITAN: Peguam kongsi senario tak patut berlaku selepas kematian, kubur masih merah dah berebut harta - “Mereka pilih taat isu faraid, tidak bahagian lain” Atas sebab berkenaan, dia tampil untuk menuntut pampasan sebagaimana dijanjikan. Isu berkenaan bukan sahaja mengundang perhatian netizen, malah turut menarik perhatian seorang peguam. Terpanggil untuk mengulas isu berkenaan, peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor membuat ulasan berkaitan undang-undang kontrak. "Dalam undang-undang secara asasnya, selagi mana-mana pihak tidak dipaksa, diugut, ditipu, salah disisi undang-undang atau atas sebab salah representasi (penyampaian sesuatu yang tidak benar) maka perjanjian itu akan masih kekal berkuatkuasa. Wani menerusi sidang media baru-baru ini mendedahkan dirinya menjadi mangsa manipulasi Datuk Seri Aliff Syukri. "Bermaksud, selagi mana-mana pihak diberikan ruang membaca dan tiada elemen-elemen di atas maka perjanjian adalah sah. "Seksyen 19 Akta Kontrak memperuntukkan bahawa perjanjian perlu ditandatangani dengan kerelaan pihak-pihak tetapi sekiranya kerelaan itu diperolehi secara paksa, ugutan, penipuan dan salah representasi jadi kontrak adalah tidak sah. "Jadi sekiranya kita memperolehi perjanjian, kita perlu baca dahulu, kalau tidak faham dapatkan nasihat dari rakan-rakan sekeliling atau yang lebih pakar seperti peguam," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook. Tambah Nor Zabetha, dalam konteks ini, isu berkenaan perlu dilihat sama ada terdapat penganiayaan kontrak sebagaimana yang didakwa oleh Wani Comel. Hal-hal seperti kes Wani seeloknya kita teruskan di mahkamah, biar mahkamah putuskan. NOR ZABETHA MUHAMAD NOR PEGUAM Jelasnya, adalah penting untuk mengetahui keseluruhan terma kontrak itu dan tidak wajar untuk mendengar satu atau dua klausa perjanjian yang dibacakan ketika sidang media seterusnya membuat kesimpulan bahawa perjanjian berat sebelah. "Wani mengesahkan, memang ada kontrak dan dia disyaratkan untuk menjalani pembedahan pintasan usus bagi mengurangkan berat badan dan segala kos ditanggung oleh pihak sana. "Biasanya bagi prosedur pembedahan perubatan ini, pakar perubatan dan kumpulan perubatan akan menerangkan dahulu kepada pesakit berkenaan prosedurnya, kesannya dan lain-lain. Nor Zabetha sering membuat perkongsian dari sudut perundangan mengenai hal ehwal semasa dan kekeluargaan. "Kita juga tidak tahu berkenaan terma sekiranya Wani gagal mematuhi terma iaitu menguruskan badan, maka perjanjian adalah terbatal. Sekiranya benar dakwaan Wani bahawa dia ditinggalkan begitu sahaja selepas pembedahan dan sekiranya Wani telah menjalankan usaha, maka Aliff Syukri tidak wajar. "Tetapi jika Wani sendiri yang tidak memenuhi kontrak dengan terus memakan produk dan menguruskan berat badan. Maka, Wani adalah tidak wajar," katanya. Dalam masa yang sama, peguam ini berkata isu berkenaan seelok-eloknya dibawa terus ke mahkamah dan bukannya menerusi sidang media. Wani kini dilaporkan sedang mendapat rawatan di sebuah hospital kerana jangkitan paru-paru. "Sidang media bukanlah mahkamah untuk kita menuntut, ia hanyalah pemberitahuan dan biasanya satu pihak sahaja. Biasanya mungkin berakhir dengan penilaian yang mungkin betul atau mungkin salah. "Hal-hal seperti kes Wani seeloknya kita teruskan di mahkamah, biar mahkamah putuskan. "Sudah dapat keputusan, buatlah kenyataan media selaras dengan keputusan kes. Lebih selamat. Kenyataan berdasarkan keputusan dan dapatan mahkamah," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!