suria

“Saya tak nak tangkap gambar dah, pengantin ajak juga” - Bridesmaid jatuh bendang rasa bersalah, gigih nak bergambar akhirnya pakaian lain dari yang lain

Video Liyana tular sehingga menerima lebih 200,000 alasan.

RAKAMAN memaparkan seorang gadis terjatuh ke dalam sawah sewaktu bermain buaian menjadi tular di media sosial.

Menerusi kejadian pada 12 Disember lalu, Nurliyana Syafiqah Jasni sedang bermain buaian sambil dihayun oleh suami kepada rakannya.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra Liyana sempat memperincikan semula kejadian itu yang disifatkanya cukup lucu dan menghiburkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar hilang sabar tegur bridesmaid 'lebih sudu dari kuah', ganggu kelancaran majlis

ARTIKEL BERKAITAN: Nak sedih ke ketawa? Foto jurugambar suami isteri ‘baru nak up’ dikerjakan otai-otai - “Kami gelak-gelak sahaja”

"Saya sebenarnya jadi bridesmaid. Masa tu tengah tunggu pengantin. Kami tangkap gambar dulu.

"Yang hayun tu suami kawan saya. Bila nak hayun sekali lagi, tali tersangkut di tangannya dan kami terjatuh.

Liyana terpaksa memakai seluar selepas kainnya basah ketika jatuh di dalam bendang.

"Basah kasut dan kain yang saya pakai. Rasa malu sebab ramai orang tengok. Tapi lepas tengok balik video, rasa lucu pula," ujar pembantu kedai berusia 19 tahun itu.

Menerusi kejadian di Kampong Agong, Bakar Kapor, Penaga, Pulau Pinang itu, Liyana mengakui turut berasa bersalah terhadap pasangan pengantin.

Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu.

LIYANA

Mana tidaknya, disebabkan kejadian itu, hanya dia seorang yang berpakaian lain dari yang lain sewaktu sesi photoshoot outdoor itu.

"Bila kain dah basah, saya terpaksa pakai seluar. Rasa bersalah juga kat pengantin. Suami kawan yang hayun buaian tu pun rasa bersalah.

Liyana tidak sangka video dikongsi menjadi tular.

"Sebenarnya saya tak nak tangkap gambar dah, sebab pakaian saya tak sama dengan bridesmaid yang lain... dah tukar seluar ganti masa tu.

"Tapi pengantin ajak juga. Itulah first time saya ke kawasan itu, first time juga jatuh bendang," ujarnya berseloroh.

Menurut gadis dari Sungai Petani, Kedah itu, dia juga tidak sangka video yang dikongsi akan menjadi tular.

Liyana (dua dari kanan) bersama rakan-rakan bridesmaid dan pengantin.

"Saya saja share video, sebagai kenangan, Tak sangka view tinggi. Ramai yang terhibur tengok video tu.

"Ramai juga puji tempat tu lawa untuk bergambar," ujarnya lagi.

Sehingga kini, video itu menerima hampir 230,000 tontonan di TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain