suria

Warga emas sanggup keluar jual tempe demi sara cucu, 2 anak berstatus ibu tunggal - “Covid-19 ni, bukan senang nak dapat kerja”

Zaiton berkata dia sebolehnya tidak mahu orang ramai mengetahui nasib dan kesempitan hidup yang sedang ditempuhi keluarganya.

KESEMPITAN hidup yang dilalui seorang warga emas membuatkan dia sanggup keluar mencari rezeki walaupun hanya mendapat untung antara RM0.20 ke RM0.50 sen untuk tempe dan cendawan yang dijualnya.

Kisah hidup wanita bernama makcik Zaiton ini tular apabila seorang pemuda, Mohd Hazrin Achik berkongsi gambar-gambarnya dari arah belakang bersama motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa orang susah baju buruk. Saya tanggal jubah beri dekat dia" Dulu Ebit Lew 'daif ya amat'.. pernah dipanggil bodoh bersusah tolong orang

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! Susah senang bersama, warga emas tak sanggup usung keranda isteri ke kubur. "Tak ada orang teman lagi lepas ni"

Menerusi posting tersebut, pemuda itu sempat berkongsi kisah makcik ini yang bergelut mencari rezeki dan meminta orang ramai yang berkemampuan untuk membantunya.

Bercerita kepada mStar, Zaiton Enbok Bolong berkata dia sebolehnya tidak mahu orang ramai mengetahui nasib dan kesempitan hidup yang sedang ditempuhi keluarganya.

Bagaimanapun, entah bagaimana dia telah bercerita serba sedikit tentang kesusahan yang dialami kepada pemuda tersebut yang mendekatinya untuk membeli tempe dan cendawan yang dijual sebelum membuat perkongsian di Facebook.

Selain tempe dan cendawan dia juga menjual sabun dengan hasil yang tidak seberapa tetapi mampu mengisi perut mereka berempat.

”Tiba-tiba datang pemuda yang ramah ini untuk membeli. Mungkin sebab terlalu memendam rasa, saya terluah perasaan dekat dia.

“Ya, memang saya susah tapi saya kalau boleh tak nak susahkan orang lain. Tak sangka pula cerita saya akan viral," katanya.

Bercerita lanjut, makcik Zaiton yang berusia 60 tahun ini kini tinggal bersama cucu dan dua anaknya yang berstatus ibu tunggal di Taman Rinting, Masai, Johor.

Untung tak banyak, tapi cukuplah untuk kami sekeluarga makan.

ZAITON

"Memang keluarga saya susah. Suami saya meninggal sejak tahun 2012. Sekarang saya tinggal bersama dua anak perempuan dan cucu. Kedua-dua mereka ni berstatus janda.

"Bukan mereka tak keluar cari kerja, tapi disebabkan Covid-19 ini, tahu sajalah bukan senang nak dapat kerja, ” katanya sambil menambah umur dua anaknya itu lingkungan 30-an.

Menurut makcik Zaiton, selain tempe dan cendawan dia juga menjual sabun dengan hasil yang tidak seberapa tetapi mampu mengisi perut mereka berempat.

Zaiton yang berusia 60 tahun ini kini tinggal bersama cucu dan dua anaknya.

“Saya cuma tolong jual sahaja. Contoh macam tempe saya untung RM0.20 sekeping, kalau cendawan RM0.50 sebungkus.

“Untung tak banyak, tapi cukuplah untuk kami sekeluarga makan, ” katanya sambil menambah turut menerima sumbangan dan bantuan daripada jiran sekeliling.

Sementara itu, Muhammad Shahid Saiful Bahari, 24, memberitahu bahawa makcik Zaiton sering berkunjung ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh antara satu sama lain.

Posting yang tular di media sosial.

"Saya tinggal dengan atuk saya, kenal sangat makcik Zaiton ni... dia selalu singgah jual macam-macam. Kadang tu ada juga dia kongsi cerita dengan atuk dan nenek saya.

"Hidup dia memang susah. Atuk saya pengerusi surau. Mereka banyak juga bantu dia dan anak-anaknya.

"Tak sampai hati tengok kehidupan mereka, tapi kami pun hanya boleh bantu setakat mampu saja," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain