suria

Kongsi foto bra merah, Uncle Kentang beri sebab kenapa cari sukarelawan wanita tahu jaga aib - “Tolonglah mulut zip dengan simen”

Uncle Kentang (gambar kecil) mencari sukarelawan wanita yang boleh mengendalikan isu wanita termasuk membawa gadis dan remaja perempuan membeli pakaian dalam. foto Facebook Kuan Chee Heng

KESEMPITAN wang boleh berlaku dalam pelbagai situasi, dari sekecil-kecil perkara seperti tuala wanita tidak mampu dibeli.

Mungkin ia kedengaran lucu, namun begitulah realiti kehidupan yang terpaksa ditempuhi mereka yang kurang bernasib baik.

Mujur ada pihak yang prihatin sudi menghulurkan bantuan dengan mengagihkan tuala wanita kepada golongan yang memerlukan, seperti yang dilakukan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas foto bra, seluar dalam... aktivis dedah remaja hamil guna tali rafia panjangkan ukur lilit - "Bukan pervert tapi... kasihan sungguh"

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak naik motor redah hujan untuk sekampit beras, barang dapur... tiba nak bayar minta tuala wanita pula!

Namun, menyedari tuala wanita melibatkan isu kaum Hawa, maka beliau terpanggil untuk mencari sukarelawan wanita untuk membantu menangani masalah itu.



Nampak remeh, namun tuala wanita merupakan antara keperluan kaum Hawa yang kesempitan wang. -Gambar hiasan

Menerusi satu posting yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, beliau mencari sukarelawan wanita yang berani mempamerkan nombor telefon di Facebook untuk mengendalikan isu wanita seperti agihan tuala wanita dan masalah lain.

"Sukarelawan ini perlu mulut dizip dan tak boleh dedahkan sesuka hati pemohon yang susah. Jangan nanti ada berita kata alah, dia tu tuala wanita pun nak minta orang. Saya sangat berharap kita jaga aib mereka yang susah.

"Tatkala kita menjaga aib yang susah, Tuhan akan menjaga aib kita. Malah, ganjaran terbesar dan nikmatnya ialah kita puas hidup bila kita membantu yang susah," kata Chee Heng sambil menambah antara bantuan lain adalah membawa gadis atau remaja perempuan membeli pakaian dalam.



Perkongsian Uncle Kentang di Facebook.

Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang turut memuat naik sekeping gambar bra berwarna merah menerusi posting tersebut.

Memberikan justifikasi, Uncle Kentang berkata, adalah amat penting untuk memupuk keyakinan dalam diri gadis atau remaja perempuan yang hidup dalam kesusahan.



Penjelasan lanjut mengapa Uncle Kentang mencari sukarelawan wanita.

"Ramai gadis kita tak mampu pakai bra dan panties (seluar dalam) yang elok, tuala wanita tiada. Maka kita harus mendidik mereka menjadi seorang gadis yang unggul dan yakin.

"Kalau bra pun lusuh dan buruk, ia tak bagi keyakinan hidup kepada seorang gadis yang sedang matang. Mak ayah mungkin orang susah dan tak mampu. Kita yang mampu inilah bantu mereka.

Kita menjaga aib yang susah, Tuhan akan menjaga aib kita.

UNCLE KENTANG

"Jangan kata saya bodoh sampai bra pun nak jaga. Ia memberi keyakinan dan kualiti hidup kepada remaja yang sedang membesar. Ia juga membantu membawa vibe positif dalam kehidupan mereka," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat tidak tidak memandang remeh soal pakaian dalam termasuk keperluan tuala wanita untuk golongan susah.



Uncle Kentang meminta masyarakat tidak memandang remeh bantuan pakaian dalam dan tuala wanita.

"Jangan pandang remeh kerana dengan yakin, anak gadis kecil dapat membentuk hidup dan pemikiran mereka ke arah positif.

"Saya takkan nak bawa mereka beli bra dan panties atau beri tuala wanita. Jadi, kena cari beberapa sukarelawan wanita yang ada kenderaan, ada keinginan nak berbakti sebagai manusia untuk membantu mereka.

"Tolonglah jadi sukarelawan yang berdisiplin, berhati mulia dan mulut zip dengan simen. Kita bantu dari hati bukan bantu dari mulut.

"Segala bantuan Tuhan telah catit. Manusia bakal ke kubur. Jadi kita berbakti lah sebelum ajal datang," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain