suria

Di sebalik kehebatan di kebun pisang, Instafamous kongsi detik cium tapak kaki ibu sebelum meninggal - “Wangi sangat, bau tak ada dalam dunia”

Aina mula dikenali kerana pernah berkongsi video dia bekerja di kebun pisang sehingga meraih lebih 100,000 pengikut.

KATA orang, syurga setiap anak berada di bawah tapak kaki ibunya.

Ungkapan ini turut diakui sendiri oleh gadis ini apabila dia mendakwa kaki ibunya berbau cukup harum sewaktu dikucup.

Ketika dihubungi mStar, Amany Aina, 24, sempat mengimbas semula kisah penuh emosi tatkala ibunya meninggal dunia akibat kanser paru-paru, lima tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua persiapan sudah dibuat, kecuali kad undangan... gadis terima ketentuan terpaksa berpisah3 bulan sebelum majlis bersejarah

ARTIKEL BERKAITAN: “Arwah pernah cakap dia kena sihat sebelum sekolah buka” - Anak tak sangka kerisauan ibu ‘hilang’ tepat masanya, menggigil imbas pengalaman mandikan jenazah

“Masa tu mak sakit kanser secara tiba-tiba. Tiada tanda-tanda, terus kena tahap empat. Pada satu masa tu, mak saya dah nazak, doktor pun dah maklumkan mengenai keadaannya.

“Kami reda, kami pun tak nak tengok mak terseksa. Tapi kami tak jangka mak pergi secepat itu. Saya kucup telapak kaki mak pada malam dan pagi sebelum dia meninggal dunia.

“Adik beradik saya pun buat. Memang wangi, bau tu macam bau yang tak ada dalam dunia ni.

Aina mendedahkan ibunya meninggal dunia akibat sakit kanser.

“Sampai sekarang saya tak akan lupa bau tu. Biasa orang akan jangka kaki bau busuk, tapi ia wangi sangat. Saya rasa tu mungkin bau syurga. Saya cium banyak kali, tak nak lepas masa tu, ” ujarnya dalam nada sebak.

Mesra disapa Aina, dia yang juga anak keempat daripada enam beradik reda dengan pemergian ibunya.

Malah, hasrat mereka sekeluarga untuk memindahkan ibunya ke sebuah hospital lain di Perak juga tidak kesampaian.

Sebelum ni saya banyak kongsi video buat kerja-kerja di kebun pisang dengan ayah. Dari situ orang mula kenal saya.

AINA

Menurut Instafamous yang memiliki 135,000 pengikut itu, peristiwa pemergian ibunya juga masih diingat dengan jelas biarpun ia sudah berlaku beberapa tahun lalu.

Kisah mengenai dia dan arwah ibunya mula tular selepas dia ditemubual oleh seorang YouTuber.

Aina yang juga seorang TikTokers berkata dia telah dijemput untuk bercerita mengenai content TikTok, namun sama sekali tidak menyangka akan disoal mengenai ibunya.

“Ada YouTuber interview saya. Jadi dia tanya pasal arwah ibu. Sebelum ni pun saya pernah je jawab dan ceritakan kisah itu menerusi live Instagram saya.

Aina mendedahkan kisah ibunya ketika ditemubual seorang YouTuber.

“Selain video penuh di YouTube, saya juga ada memuat naik video sedutan pendek ke Instagram, ” ujarnya.

Menurut Aina, dia juga tidak menyangka akan meraih pengikut tersendiri di Instagram.

Katanya, dia mula dikenali kerana banyak berkongsi video sewaktu dia membantu bapanya di kebun pisang.

Menerusi salah satu video dikongsi, Aina dapat dilihat sedang memegang parang untuk menebang pokok pisang.

Malah, dia kelihatan tidak kekok melakukan tugasan itu yang biasanya dilakukan oleh kaum adam.

“Sebelum ni saya banyak kongsi video buat kerja-kerja di kebun pisang dengan ayah. Dari situ orang mula kenal saya.

“Selain itu, saya juga ada berniaga baju dan buat paid review, ” ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain