suria

Pekerja kedai serbaneka murah hati, buat live di TikTok sambil hadiahkan ‘top up’ untuk followers - “Saya akan teruskan selagi mampu”

Azri mengakui ada juga yang tak berpuas hati apabila nama gagal tersenarai sebagai pemenang.

SETIAP individu ada cara tersendiri untuk melakukan amal jariah.

Menerusi siaran live di TikTok, seorang pekerja kedai serbaneka menarik perhatian ramai apabila sering memberi kad tambah nilai prabayar percuma kepada netizen.

Menurut Mohamad Azri Bustamam, 21, kandungan sedemikian adalah ideanya sendiri yang dimulakan sejak seminggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah - "Mak pesan jaga mana wajib"

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka berdarah kacukan gara-gara video TikTok, jejaka akui ada yang terkejut dia boleh cakap loghat Kelantan - “Orang pelik saya ada accent?”

"Baru je dalam seminggu saya buat. Setakat ni dah hampir 60 orang dapat top up percuma. Ada yang dapat RM5, ada yang dapat RM10.

"Saya buat suka-suka je, sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan di TikTok. Senang nak beli top up, sebab saya pun kerja kedai serbaneka," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Azri, dia yang menetap di Raub, Pahang bekerja sebagai kakitangan 7 Eleven di Cameron Highland sejak berumur 18 tahun.

Azri membuat pemilihan nama pemenang secara rawak menerusi siaran live TikTok.

Baru sahaja mendaftar akaun TikTok pada September lalu, dia yang mula aktif sekitar seminggu lalu kini mengumpul 11,000 pengikut di aplikasi itu.

Menurut Azri lagi, dia bersyukur dengan pekerjaannya itu dan sekadar mahu berkongsi rezeki dengan cara berbeza.

"Ini adalah pekerjaan pertama saya. Sangat bersyukur dengan rezeki ini. Kebanyakan yang saya bagi adalah golongan remaja.

Kadang-kadang susah nak cari orang yang ikhlas follow kita. Ada yang follow sekadar nak topup je.

AZRI

"Sambil-sambil sedekah, saya juga mahu hargai sesiapa yang follow saya. Saya buat apa yang termampu je.

"Biasanya saya akan buat live selepas habis bekerja," ujarnya lagi.

Menurut Azri, dia turut menerima kecaman apabila ada yang kecewa selepas gagal terpilih sebagai pemenang kad prabayar.

Namun, jumlahnya begitu kecil berbanding sokongan luar biasa yang diterimanya di aplikasi itu.

Azri sudah empat tahun bekerja di kedai serbaneka itu.

"Kadang-kadang susah nak cari orang yang ikhlas follow kita. Ada yang follow sekadar nak top up je.

"Saya pun nak cari kenalan dalam tu. Saya akan teruskan content itu selagi mampu. Saya nak ucap terima kasih pada yang sokong.

"Ada juga yang kecam sebab nama tak terpilih, tak dapat top up. Saya dapat nama terlalu banyak, tak semua akan terpilih," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain