suria

Suami suka sangat menari setiap kali balik kerja, rupa-rupanya isteri ada ‘agenda’ lain rajin rakam video - “Saya saja buat kelakar...”

Aksi bersahaja Haissazc yang menari setiap kali pulang bekerja dirakam sebelum digabungkan dalam bentuk video kompilasi oleh isterinya.

SETIAP pasangan ada cara tersendiri untuk mencari kebahagiaan dalam rumah tangga.

Terbaharu, tular di Twitter video kompilasi memaparkan aksi seorang suami yang menari setiap kali pulang bekerja.

"Tak sangka isteri buat kompilasi video setiap kali aku balik rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemalu orangnya... apa kes bakal cikgu B.Inggeris ni sanggup menari di Bukit Bintang? - “Saya pernah kena halau”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarian K-Pop setiap hari sejak PKP, jejaka ini terkejut pengikut di TikTok lebih tenang... tak pernah kecam! - “Habis kerja, saya terus berlatih dua jam”

"Maaf kalau nampak melampau sikit tariannya. Saya hanya mahu gembirakan isteri setiap kali balik dari kerja," tulis Mohamad Haissazc Shuqkin Hisham di Twitter.

Mesra disapa Haissazc, perunding pemasaran berusia 25 tahun itu mengakui sama sekali tidak menyangka video berkenaan akan menjadi tular.

Jelasnya, video itu pada mulanya dikongsi menerusi TikTok isterinya, Nurul Damia Mohamad Sofian sebelum dia turut memuat naik di laman Twitter.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu.

"Kami baru sahaja kahwin pada 1 Ogos lalu. Isteri saya memang bekerja dari rumah, jadi setiap kali balik kerja saya saja buat kelakar.

"Saya pun bukannya suka menari, cuma pernah sertai pertandingan menari masa tingkatan dua. Itu je step yang saya ingat.

"Ia jadi rutin, untuk beri kejutan pada isteri. Saya tahu dia rakam, tapi tak tahu pula dia buat kompilasi," ujarnya kepada mStar.

Saya nampak orang komen nak suami dia menari macam tu.

HAISSAZC

Tambahnya lagi, aksi bersahaja itu juga diibaratkan sebagai salah satu aktiviti untuk menghilangkan stres selepas seharian bekerja.

Malah katanya, isterinya juga menjadikan simpanan video di laman TikTok sebagai arkib kenangan mereka bersama.

Hasil perkongsian di Twitter, dia turut menerima pelbagai komen termasuklah segelintir individu yang mahukan suami mereka melakukan perkara serupa.

Paparan skrin video tular itu.

Kata Haissazc yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur, dia berharap tiada perbandingan dibuat memandangkan setiap suami ada cara berbeza dalam mencari kebahagiaan berumahtangga.

"Saya macam tak percaya bila ia viral. Ada juga yang tag pasangan masing-masing. Saya nampak orang komen nak suami dia menari macam tu.

"Saya reply minta maaf, saya kata, lain orang lain caranya. Setiap suami ada cara tersendiri untuk bahagiakan isteri.

"Yang penting kena tahu tanggungjawab masing-masing. Kita cuba sokong antara satu sama lain dan fahami tanggungjawab masing-masing," ujarnya lagi.

Sehingga kini, video itu menerima lebih setengah juta tontonan dan turut menerima lebih 25,000 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain