suria

“Tiap minggu kacau kami” - Menantu makan hati, ibu mentua asyik ajak beli barang di pasar raya... nak balik kampung pun tak bagi

Dia mula menjadi berang apabila permintaan itu menjadi satu 'acara mingguan' sehingga menganggu waktu rehatnya.

JIKA baru-baru ini tular kisah menantu wanita yang cukup akrab dengan ibu mentuanya, kali ini lain pula ceritanya.

Menerusi perkongsian luahan hati di Facebook, seorang wanita mengadu mengenai sikap mentua yang dianggap menjadi punca pergaduhan dia dan suami.

Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, jarak rumahnya dengan keluarga mentua hanyalah 15 minit perjalanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 6 tahun tinggal bersama, wanita anggap ibu mentua bagai BFF... sebak imbas saat umrah bersama di Makkah - “Jalan pun kami pegang tangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Berjauhan dengan suami, air mata isteri gugur dalam Mc'D kerana sampul tebal... mak mentua sanggup berlari stop kereta demi menantu!

Namun katanya, mentua sering mengganggu waktu cuti dia dan suami dengan urusan yang tidak penting.

"Saya tak faham dengan mak mentua saya ni. Hampir tiap minggu akan kacau kami laki bini. Keluarga mentua saya ni memang tak ada kereta, nak ke mana-mana cuma ada motor je.

"Tiap minggu waktu kami cuti mestilah nak spend masa laki bini. Ini tidak, asal kami cuti je mesti minta kami bawakan ke sana sini.

Setiap minggu dia dan suami perlu membawa ibu mentuanya untuk membeli barang di pasar raya.

"Beli barang dapurlah, macam-macam tempat. Padahal jalan kaki depan rumah dah sampai kedai barang-barang basah. Barang yang dia beli di supermarket pun ada di kedai depan rumah tu," ujarnya.

Menurut wanita itu, dia mula menjadi berang apabila permintaan itu menjadi satu 'acara mingguan' sehingga mengganggu waktu rehatnya.

Lebih parah, dia turut berkecil hati kerana sikap suaminya yang seolah-olah menurut tanpa banyak soal.

"Setiap minggu ya. Kalau dua minggu sekali, sebulan sekali... saya boleh faham sebab dia tak ada kereta.

"Saya dah lama makan hati dengan mentua saya ni. suami pula jenis menurut je," ujarnya.

Selalu je bergaduh dengan suami sebab benda ni. Tapi masih tak buka mata.

ISTERI

Lebih menambah bara di hati, ibu mentuanya meminta wanita itu agar tidak pulang ke kampung.

"Saya dah lama tak balik kampung sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bila dah boleh rentas negeri, mak dia cakap tak perlu baliklah, bawa mak pergi beli barang dapur.

"Serius saya sentap gila. Yang saya pelik bila nak keluar berjalan dengan adik beradik lain, pandai pula naik Grab dan pengangkutan awam," luah wanita itu lagi.

Wanita itu terasa hati apabila ibu mentua meminta agar dia tidak pulang ke kampung.

Katanya, dia buntu untuk mencari penyelesaian kerana suami lebih mementingkan keluarga sendiri.

"Suami saya lebihkan keluarga dia selalu. Sampai sanggup suruh saya jangan balik jumpa family sebab nak melayan mak dia ke sana sini tiap minggu.

"Saya rasa macam dah penat nak melayan kerenah mak dia. Setiap minggu makan hati.

"Selalu je bergaduh dengan suami sebab benda ni. Tapi masih tak buka mata," ujarnya.

Perkongsian di Facebook Kelab Rumah Tangga itu turut menerima lebih 1,000 komen netizen.

Sudut pandang Islam berkenaan perselisihan menantu dan mentua

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mohd Hasrul Shuhari berkata, aib ibu bapa mentua tidak wajar didedahkan di media sosial.

Wanita itu turut berkecil hati kerana sikap suaminya yang seolah-olah menurut tanpa banyak soal.

Malah jika tidak dapat diselesaikan perselisihan tersebut, mereka juga boleh memohon bantuan daripada pihak yang berautoriti.

"Sekiranya suami mempunyai adik-beradik yang lain, maka mereka semua perlu ada keselarasan dan persefahaman untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga, membantu dan berkhidmat kepada kedua ibu bapa.

"Dengan cara ini, tidaklah terbeban kepada satu-satu anak sahaja sedangkan yang lain lepas tangan. Sekiranya suami tidak mempunyai adik-beradik lain dalam masa yang sama mempunyai pendapatan yang terhad maka, secara turutannya perlulah mengutamakan isteri terlebih dahulu, kemudian anak-anak, kemudian ibu bapa," ujarnya kepada mStar.

Tambahnya, jika suami memutuskan sesuatu perkara berdasarkan ruangan syarak yang membenarkan ibu bapa masuk campur, maka isteri wajib menurutinya.

"Cuba bayangkan ketika si isteri menjadi ibu yang mempunyai menantu perempuan kelak, maka situasinya adalah sama, menantu perempuannya perlu mematuhi anak lelakinya yang menjadi suaminya dan suaminya perlu mematuhinya juga.

"Ia berkaitan dengan keberkatan yang akan diterimanya, inilah keuntungan yang kadang-kadang seseorang itu tidak perasan.

"Jika si isteri dapat bersabar dan bertolak ansur, pahalanya sangatlah istimewa dan mudahannya apabila si isteri menjadi mentua pula, Allah akan memudahkan urusannya pula di atas kesabarannya tersebut. Begitu jugalah suami apabila berkaitan tanggungjawab yang dipikulnya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain