suria

Kawan baik dah nikah, mak mula bising nak menantu... jurutera cari calon isteri berkerjaya di Twitter - “Ramai nak tengok hasil pencarian jodoh saya”

Nabil membuat perkongsian di Twitter bagi mencari calon isteri namun tidak menyangka ciapannya menjadi tular.

KEWUJUDAN media sosial sememangnya memudahkan kehidupan manusia pada masa kini.

Selain menjadi medium untuk berhubung bersama ahli keluarga atau kenalan, ia juga digunakan secara meluas untuk tujuan perniagaan atau berkongsi maklumat.

Namun begitu, ada sesetengah individu memanfaatkan laman sosial sebagai ruang untuk mencari kenalan baharu bagi dijadikan pasangan hidup, sebagaimana yang dilakukan oleh seorang pemuda ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik cari jodoh untuk kakak di Twitter, akhirnya terpikat dengan salah seorang jejaka yang hantar DM - “Dah kenal ramai lelaki tapi selalu tak jadi”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu ‘up’ poster cari jodoh di laman sosial, apa yang lelaki ini dapat dalam masa sehari cukup mengejutkan!

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pemuda berkenaan meluahkan hasratnya untuk mencari calon isteri serta turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang diingininya.

"Bismillahirahmanirrahim. Mencari calon isteri, umur 26-27, jaga solat dan agama, bekerjaya, keutamaan orang utara, nak settle down dekat Penang, kalau negeri lain yang berminat boleh settle down dekat Penang pun boleh ja, boleh DM saya nah. Terima Kasih. Retweet untuk jodoh saya," demikian ciapan berkenaan yang sehingga kini meraih 5,000 retweet.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pemuda bernama Nabil Qayyum berkata tujuannya membuat perkongsian berkenaan kerana ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mencari calon isteri.



Nabil di majlis perkahwinan rakan baiknya.

"Memandangkan sekarang usia dah nak masuk 27 tahun, ibu pun ada dah mula 'berbunyi' mahu menantu. Jadi saya fikir mungkin ini masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

"Kedudukan kewangan insyaAllah stabil, cuma calon saja yang tak ada. Niat saya memang mahu mencari calon isteri... tak ada niat nak test market atau sebagainya," kata pemuda yang berasal dari Sik, Kedah ini.

Bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang, Nabil berkata dia sendiri tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat sambutan yang agak positif.

"Niat nak share tu untuk kawan-kawan saja, mana tahu mereka boleh rekomen calon. Tapi langsung tak sangka tweet ni blow up.

"Direct Message (DM) yang saya terima agak banyak, ada yang masih belum sempat saya buka dan balas. Setakat ini, ada beberapa orang calon yang sempat saya berkenalan, saling follow Instagram.



Nabil menegaskan tujuan perkongsiannya di Twitter sememangnya kerana berhasrat mahu mencari calon isteri.

"Apa pun, sememangnya selepas ini nak berkenal-kenalan dulu... biar berjalan mengikut fasa. Selepas rasa serasi, bawa jumpa orang tua dan keluarga. Restu orang tua itu penting, selain pegangan agamanya... rupa paras tu biarlah yang sejuk mata memandang.

"Yang lucunya, ada juga saya terima DM daripada gadis yang berusia 18 dan 19 tahun. Tapi bagi saya, seelok-eloknya biarlah mereka habiskan pengajian dulu," kata anak sulung daripada dua adik beradik ini.

Perkongsiannya mendapat sokongan dan reaksi positif ramai netizen menerusi ruangan komen, namun ada segelintir daripadanya melontarkan komen negatif.

Bagi saya, ini adalah salah satu usaha... terpulang kepada pandangan orang lain. Sebelum ini pun ada dah yang mencari pasangan di laman sosial.

NABIL QAYYUM

JURUTERA

"Ada satu dua saja komen negatif... pelayar tu persoalkan saya letak ciri 'berkerjaya' terhadap calon isteri. Katanya, kalau tak berkerjaya, tak boleh kahwin ke?

"Tapi komen tersebut dibalas oleh netizen lain. Mereka kata nak pilih kasut pun kena teliti, sudah tentu bab nak pilih isteri lebih dititikberatkan. Kita bukan pilih ikan dekat pasar. Tapi saya anggap komen tu seperti nasihat saja.

"Tapi ramai yang nak tengok 'hasil' pencarian jodoh saya ni. Kalau berjaya, insyaAllah saya nak buat macam yang jadi trend di Twitter sekarang "From this, to this". Doakan semuanya baik-baik saja," katanya.

Pemuda ini menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang selewat-lewatnya pada tahun hadapan, apatah lagi rakan baiknya sendiri baru saja melangsungkan pernikahan pada Ogos lalu.



Perkongsian Nabil mendapat maklum balas positif daripada netizen.

"Sebenarnya kami pernah plan nak berkahwin sama-sama, tapi jodohnya sampai dulu. Jadi saya sasarkan, jika diizinkan Allah, saya mahu tamatkan zaman bujang selewat-lewatnya sebelum 2021 melabuhkan tirai.

"Pada yang masih mencari seperti saya, pilihlah calon yang boleh terima diri kita dan kekurangan kita seadanya, buat pilihan yang terbaik sebab kita nak hidup lama dengannya.

"Bagi saya, ini adalah salah satu usaha... terpulang kepada pandangan orang lain. Sebelum ini pun ada dah yang mencari pasangan di laman sosial.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang DM, minta maaf bagi yang belum sempat saya balas. InsyaAllah, jika ada jodoh, ada la tu," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain