suria

Wow! Sekolah tak tinggi, baru 19 tahun dah mampu reward diri sarung gelang emas RM36,000... ayah, tunang pun terkena tempias - “Lagi orang kecam lagi laku produk”

Nur Afiqah Adlina berkongsi kisah kejayaannya yang meraih keuntungan berganda hasil perniagaan produk pemutih kulit.

BUKAN senang nak senang, bukan susah nak ubah.

Ternyata ramai anak muda yang berjaya dengan hasil gigih menjalankan perniagaan sendiri.

Begitulah kisah gadis 19 tahun ini apabila dia berkongsi kejayaannya yang sangat luar biasa menerusi video di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 21 tahun, berjaya hadiahkan kereta untuk diri sendiri, tapi ada pula yang bitter - “Beli rumah pun kena buat loan, itu bukan achievement unlocked ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Umur baru 19 tahun, influencer hadiah wang tunai RM10,000 untuk ibu - “Bukannya nak show off”

"Belajar tak tinggi tak semestinya tak berjaya. Umur bukan penghalang untuk kita cuba sesuatu perkara. Alhamdulillah dah dapat kejar impian ku. Syukur," tulisnya pada kapsyen TikTok tersebut.

Sehingga kini perkongsian video tersebut telah meraih 43,000 likes dan 600 komen di aplikasi TikTok.

Empunya diri bernama Nur Afiqah Adlina Rosli yang berasal dari Besut, Terengganu mendedahkan, bisnesnya hanya setahun jagung tetapi sudah banyak impiannya telah tercapai.

Dia yang menjual barang kecantikan iaitu produk putih seluruh badan itu berjaya membeli gelang tangan berharga RM36,000 untuk dirinya, manakala Iphone yang terbaharu iaitu Iphone12, dan dua motorsikal buat ayah serta tunangnya.



Seutas rantai tangan emas sebagai hadiah kepada diri sendiri hasil keuntungan perniagaannya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat.. Gelang yang saya beli itu hasil kumpul untung jual produk dalam masa sebulan sahaja iaitu pada November.

"Begitu juga motorsikal untuk ayah dan tunang, untung bulan September saya beli motor kepada ayah dan untung bulan Oktober pula buat tunang.

"Hasil titik peluh saya ini semua berkat doa ibu dan ayah yang tak pernah henti," bercerita kepada mStar.

Berkongsi rutin sehariannya, dia lebih mesra disapa Adlina berkata, dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang dia akan membantu ibu dan ayahnya di kedai makan dan selepas itu barulah dia memberi tumpuan kepada bisnesnya itu.

Dia juga menerima antara 1,000 hingga 2,000 WhatsApp sehari dari pelanggan untuk membeli produknya.



Adlina berkongsi foto testimoni hasil penggunaan produk pemutih kulit yang dijualnya.

"Kalau pagi sampai petang saya memang ada di kedai makan ibu dan ayah, tolong mereka apa yang patut.

"Balik dari kedai makan barulah saya beri tumpuan pada bisnes. Semua saya buat sendiri, ambik order, COD dan postage. Cuma kadang lepas dah ambik produk di kilang, adik beradik tolong buat packing.

"Dulu mula-mula saya jual produk ni, sehari dalam 100 ke 200 saja orang WhatsApp tapi sekarang dah sampai beribu. Kadang tu sampai pukul 4 atau 5 pagi saya masih balas mesej pelanggan.

"Saya memang tak percaya orang luar sebab tu saya usaha buat semua sendiri biar saya rasa penat nak cari duit tu macam mana," ujarnya.

Macam-macam saya kena kecam, bukan kata netizen sahaja malah adik beradik pun ada yang kata macam-macam kononnya produk saya hakis kulit, produk tipu dan sebagainya.

NUR AFIQAH ADLINA ROSLI

USAHAWAN PRODUK

Menurut bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga Mac depan, dalam tempoh sehari hasil jualannya boleh mencecah hampir 50,000 ke 100,000 botol produk.

"Sekarang saya tengah buat persiapan kahwin," ujarnya.

Dalam nada sebak, anak sulung daripada empat beradik itu berkata hidupnya kini bagai mimpi.

"Modal 4,000 yang saya keluarkan itu hasil daripada kerja dengan ibu dan ayah di kedai makan.

"Sejujurnya, keluarga yang banyak bantu saya selama ini dan memang niat saya lepas kahwin nak hadiahkan ibu dan ayah menunaikan umrah.



Adlina bersama keluarga yang menjadi tulang belakangnya.

"Macam-macam saya kena kecam, bukan kata netizen sahaja malah adik beradik pun ada yang kata macam-macam kononnya produk saya hakis kulit, produk tipu dan sebagainya," ujarnya.

Katanya lagi, produk yang dijualnya itu Shinyvit Skin lagi maju jika ramai netizen yang memberi kecaman.

Kalau mereka tulis komen yang bukan-bukan, esok pasti WhatsApp masuk pesanan berlipat ganda jumlahnya.

Kunci kejayaan Adlina adalah sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa kerana tanpa mereka siapalah dirinya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain