KITA mungkin dapat melihat sesuatu perkara yang berlaku dengan membuat tafsiran secara zahirnya, tetapi hanya mereka yang melaluinya mengetahui hal sebenar. Bersangka baik, mempunyai empati dan simpati itu adalah sebaik-baiknya yang perlu ada dalam diri kita untuk keselesaan orang lain. Seorang doktor berkongsi pengalamannya menyaksikan gelagat dua beranak sewaktu menikmati makan tengah hari di sebuah kedai makan. ARTIKEL BERKAITAN: Guru 'curiga' murid tidur dalam Grab sambil pegang buku, tersentak pemandu dedah kisah sebenar - "Saya dah tersalah tanya soalan ni" ARTIKEL BERKAITAN: Doktor rasa bersalah selepas tengking anak main tepung, terimbas perasaan hilang tempat bergantung - "Perangai mereka adalah cerminan perangai kita" "Orang tak ramai sangat. Nampak di meja depan saya, ada wanita warga emas sedang menyuap bubur kepada seorang budak perempuan. "Saya agak umurnya dalam tujuh atau lapan tahun. Macam dah tak sesuai disuap lagi. Tapi saya tahu budak tu seakan budak istimewa. Ada features pada wajahnya yang menunjukkan dia istimewa," tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook beliau. Makan yang dijamu di restoran. -foto facebook Sakinah Sulong Wanita itu senyum, dan ia dibalas dengan senyuman sebelum beliau menyambung menjamu makanan yang sudah dihidangkan. Namun kata Dr Sakinah, wanita itu memaklumkan sesuatu kepada beliau sewaktu beredar bersama kanak-kanak berkenaan. "Dah nak habis saya makan, saya perasan wanita tu dah bangun, memimpin tangan budak perempuan itu melintasi meja saya. "Kami balik dulu ya. Dia ni budak istimewa, tu yang kena disuap, dia bersuara. Saya angguk, senyum," ujar Dr Sakinah mengimbas kembali perbualan tersebut. Wanita itu kemudian meneruskan kata-kata yang mengejutkan, sekali gus menjawab persoalan statusnya bersama kanak-kanak itu. Perkongsian Dr Sakinah di Facebook. "Dah mak bapa tak nak jaga tak apalah, nenek yang jaga. Dia menyambung lagi. Nadanya sayu. "Saya diam tak mampu nak balas.Saya tahu berdasarkan feature anak ini, IQnya tidak tinggi. Mungkin dia ada masalah sawan juga," ujarnya. Memang sukar untuk menjaga anak syurga begini. Memang ada ibu ayah yang tak sudi atau mungkin tak mampu nak menjaga DR SAKINAH SULONG Dr Sakinah yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia dapat menilainya berdasarkan cara kanak-kanak itu duduk dan berinterasi seperti berusia tiga dan empat tahun walaupun fizikalnya sudah membesar. "Terfikir saya, memang sukar untuk menjaga anak syurga begini. Memang ada ibu ayah yang tak sudi atau mungkin tak mampu nak menjaga. "Diserahkan kepada nenek atau datuk yang sudah tua. Kasih sayang datuk dan nenek inilah yang menyebabkan mereka dijaga, walau susah macamana pun. Sayu hati saya," katanya. Kisah seorang nenek yang menjaga cucu istimewanya. Sebak dengan apa yang disaksikannya, Dr Sakinah terdetik dalam hati mendoakan urusan nenek tersebut agar dipemudahkan dan kanak-kanak itu sentiasa dipelihara. "Biarlah satu hari nanti, dia mampu makan dan mengurus diri sendiri tanpa bantuan. Tak dapat saya bayangkan kalau nenek itu sudah tiada satu hari nanti. "Ya Allah, peliharakanlah anak ini," ujar beliau yang mendoakan kanak-kanak istimewa itu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!