suria

Pemuda Kelantan akui terlalu memilih... kini cikgu bahasa Arab buang rasa malu, cari jodoh di Twitter - “Adik pun dah kahwin”

Faiez berharap dapat menamatkan zaman bujang sebelum berusia 30 tahun.

JIKA disoroti laman Twitter sehari dua ini, kita dapat melihat ramai individu yang 'mengiklankan diri' menerusi platform itu.

Tidak terkecuali, Muhammad Faiez Ghazali, 28, turut menggunakan kaedah sama dalam usaha untuk mencari jodoh secara dalam talian.

Bercakap kepada mStar, guru bahasa Arab yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu mengakui segan, namun terpaksa menahan malu demi mencapai hasrat yang dihajati.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda - “Inilah jodoh saya, rezeki awal untuk halalkan dia”

"Yang pertamanya faktor umur. Adik saya pun dah kahwin dan ada seorang anak. Sikit sebanyak saya rasa tercabar.

"Tapi saya agak risau kena kecam ikut trend ni sebab saya berasal dari Kelantan. Selalu pasal Kelantan yang buruk-buruk je.

"Saya ni orang biasa, tak biasa kena kecam. Itu yang saya takut. Tapi Alhamdulillah, setakat ini semua komen saya boleh terima," ujarnya yang berkhidmat di sebuah sekolah menengah di Melaka.

Tweet yang dikongsi Faiez.

Menurut Faiez, dia juga tidak menyangka menerima mesej individu yang mahu berkenalan selepas memuat naik tweet 'mencari jodoh' pada Jumaat.

Malah katanya, dia tidak menetapkan sebarang kriteria khusus untuk bakal isterinya, namun seboleh-bolehnya mahu wanita yang berasal dari negeri sama.

"Ada ramai juga yang mesej, ada yang saya tak sempat nak balas. Risau pula orang kata sombong.

Ramai segan. Saya sendiri pun segan. Kepada sesiapa yang betul-betul mencari, kena lawan perasaan malu.

FAIEZ

"Sebenarnya saya single sampai sekarang kerana terlalu memilih. Jadi saya fikir saya tak boleh letak syarat dah. Saya nak berkahwin sebelum usia 30 tahun.

"Saya tiada kriteria tertentu, asalkan sedap mata memandang. Tapi kalau diberi pilihan, saya mahu isteri dari Kelantan atau yang bekerja sebagai guru, sama macam saya," ujarnya lagi.

Menurut Faiez, dia tidak melihat tindakan mencari jodoh secara dalam talian sebagai satu tindakan yang salah.

Berasal dari Kelantan, dia kini berkhidmat di sebuah sekolah di Melaka.

Tambahnya, individu senasib dengannya juga tidak perlu berasa malu untuk menampilkan diri dalam usaha untuk mencari pasangan hidup.

"Ramai segan. Saya sendiri pun segan. Kepada sesiapa yang betul-betul mencari, kena lawan perasaan malu.

"Pedulikan kata-kata orang, kita tahu kita tak buat benda salah. Kita cuma nak dirikan masjid," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain