suria

Member kutuk belakang ‘muka jalan tak siap, badan macam tong’... pemuda tak kisah kawan sikit, yang pasti transformasi diri jadi kenyataan!

Perubahan wajah Akim yang berjerawat (kiri) pada 2019 dan terkini.

SEORANG pemuda tidak menyangka mempunyai seorang teman baik yang sanggup mengeluarkan kata-kata buruk mengenai dirinya dengan orang lain.

Tanpa mempedulikan kata-kata cacian itu, dia nekad untuk melakukan transformasi dan berkongsi perubahan dirinya dalam tempoh setahun sejak akhir 2019.

"Dulu member kutuk belakang, muka macam jalan tak siap, badan macam tong. Hari ini saya harap korang dapat berhenti dari menyakitkan hati orang lain. Struggle is real," tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop bibir pink menyesal seminggu bertopeng di Korea Selatan sebab rasa rendah diri - "Saya akan kembali dengan lebih banyak gambar selfie"

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini buat ramai bengang selepas dedah punca muka jerawat teruk! Dari simpati, kini ramai doa wajahnya ada masalah kulit

Pemuda berkenaan, Muhammad Mustakim Abdul Mohd Zaki mengakui wajahnya agak teruk kira-kira setahun lalu kerana dipenuhi jerawat kira-kira setahun lalu.



Bentuk badan Akim yang berisi.

Namun, anak muda berusia 20 tahun ini menjelaskan keadaan itu bukan disebabkan penggunaan produk penjagaan muka yang salah.

"Tapi, ia mungkin disebabkan hormon saya yang tidak menentu menyebabkan wajah penuh dengan jerawat.

"Bukan setakat berjerawat, malah badan saya juga agak berisi ketika itu dengan berat 76 kilogram (kg)," katanya kepada mStar.



Kulit wajah Akim semakin baik.

Lebih mesra disapa Akim, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu tidak menyangka keadaan fizikalnya itu dijadikan topik perbualan oleh seorang teman rapat.

"Saya tidak kisah menerima kritikan lebih-lebih lagi ia adalah komen jujur, tetapi biarlah dilakukan dengan cara berterus-terang. Cara itu adalah lebih baik.

"Bila disampaikan kepada orang lain dengan penggunaan kata-kata yang tidak sepatutnya, saya tak boleh terima dan rasa down (sedih) sangat," ujarnya dengan nada kesal.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, mempunyai banyak masa di rumah termasuk mengikuti kelas secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu membuatkannya mempunyai lebih waktu untuk melakukan transformasi.



Badan Akim susut dari 76kg kepada 63kg.

Namun, dia menegaskan bahawa misi itu bukan dilakukan semata-mata kerana umpatan rakannya, tetapi mahu memperoleh keyakinan yang lebih tinggi dengan imej baharu.

"Saya mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringan di rumah. Saya juga menjaga pemakanan seperti kurangkan pengambilan gula dan nasi.

Kami tidak putus kawan, tapi tidak serapat dahulu. Saya sekarang lebih berhati-hati dalam persahabatan

MUHAMMAD MUSTAKIM ABDUL MOHD ZAKI

"Kuantiti makanan juga lebih sikit. Setakat ini saya okay, cuma agak mencabar dari segi kandungan gula kerana saya sebelum ini gemar mengambil minuman manis," katanya sambil menambah turut mengguna produk penjagaan wajah yang bersesuaian.

Pelajar Diploma Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan di sebuah kolej di Kuala Lumpur memberitahu, dia berjaya menurunkan badan kepada 63kg.



Akim kini lebih yakin dengan wajah baharu.

Malah kata Akim, jerawat wajahnya semakin berkurangan susulan pengambilan diet yang sihat serta meminum air putih.

"Saya kini lebih yakin dengan diri saya. Tidak dinafikan dahulunya saya tak jangka kutukan itu disuarakan oleh teman baik dengan membelakangi saya.

"Kami tidak putus kawan, tapi tidak serapat dahulu. Saya sekarang lebih berhati-hati dalam persahabatan. Biarlah kita kecilkan circle kawan-kawan, asalkan tidak menyakitkan hati.

"Circle sebegini lebih memberi sokongan kepada kita. Setiap teguran kita ambil secara positif untuk perubahan yang lebih baik kepada diri sendiri, bukannya untuk orang lain," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain