PERJALANAN untuk membeli sebuah rumah pada usia 24 tahun tidaklah semudah yang disangka. Menurut usahawan produk kesihatan, Nabila Husna Saad, dia menerima pelbagai tohmahan sewaktu berhenti kerja sebagai pembantu perubatan hospital swasta sekitar dua tahun lalu. Melihat apa yang berlaku dari sudut positif, dia yang mesra disapa Abel membuktikan dirinya boleh berjaya dan mampu tersenyum bangga dengan apa yang sudah dicapai. ARTIKEL BERKAITAN: Ketepi keinginan beli kereta, graduan kerja kilang mampu capai target miliki rumah pada usia 22 tahun - “Dari segi gaji, mula-mula bagi mak dulu” ARTIKEL BERKAITAN: Tangguh beli kereta, lelaki ini habiskan tabungan bina ‘mahligai’ baharu buat ibu - “Kalau malam, mak sanggup tahan buang air kecil” Di TikTok, tular video memaparkan dirinya melawat unit kediaman bernilai hampir RM1 juta yang bakal menjadi miliknya tidak lama lagi. "Alhamdulillah, baru lulus loan rumah pada 28 Disember 2020. Saya kongsikan video sebab terlalu gembira. "Saya dah dua tahun buat bisnes. Walaupun jual produk orang je, tak sangka banyak yang saya dapat pada tahun ini. Abel baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu. "Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bonus dan jualan saya juga meningkat. Saya memang fokus bisnes je selepas berhenti kerja," ujarnya. kepada mStar. Mengimbas kisah lalu, Abel berkata ramai yang menentang hasratnya berhenti kerja, namun dia mendapat restu ibunya. "Saya dah join bisnes produk ni masa masih bekerja di hospital. Bulan pertama saya dapat bonus empat angka, sama dengan gaji saya kerja. Rezeki tak datang cepat atau lambat, ia datang tepat pada masanya. ABEL "Waktu tu kos sara hidup juga tinggi di Kuala Lumpur. Mak OK, dia je paling faham masa tu. Orang lain hentam saya. "Kemudian saya balik duduk di Kedah dengan mak dan buat bisnes sepenuh masa. Pada masa sama, saya buat pengajian jarak jauh (PJJ) dalam bidang perniagaan," ujarnya. Sepanjang tempoh dua tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan, Abel mampu menghantar ibunya ke tanah suci Makkah pada awal tahun 2020. Selain membeli kereta buat dirinya, dia turut membeli sebuah lagi kereta untuk dihadiahkan kepada ibunya. Hasil berniagaa, Abel turut menghadiahkan dirinya sebuah kereta. Kata Abel, dia berysukur dengan segala rezeki kurniaan Allah dan sama sekali tidak menyangka kisahnya akan mendapat perhatian ramai di TikTok. "Terkejut bila viral. Saya baca semua komen, semuanya positif. Alhamdulillah, saya pegang konsep percaya rezeki Allah. "Rezeki tak datang cepat atau lambat, ia datang tepat pada masanya," ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Mohd Aiman Akmal Abdul Halim, 24, pada Ogos 2020. Dedah Abel, jika tiada aral melintang, kediaman dua tingkat setengah yang dilengkapi empat bilik di Alor Star itu akan mula didiami pada bulan Mac atau April nanti. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!