suria

Lepak homestay sambut Tahun Baharu, geng calon SPM tak sangka foto solat jemaah jadi perhatian... nak cipta kenangan dapat sekali kecaman!

Foto kumpulan remaja yang solat berjemaah ini tular di Twitter.

DALAM leka bergembira dengan kawan-kawan, kewajipan utama sebagai umat Islam langsung tak dilupakan.

Begitulah kisah sekumpulan remaja yang solat berjemaah sewaktu mereka meraikan sambutan Tahun Baharu di sebuah inap desa di Dungun, Terengganu pada Khamis malam.

Foto kumpulan remaja itu tular di laman Twitter dan turut menerima reaksi berbeza-beza netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 tahun kahwin, suami liat solat akhirnya sentuh sejadah... menangis lihat anak sulung tunjuk tauladan - “Dia kata itu hari paling bahagia dia jadi isteri aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Bermimpi mengaji sendirian di tempat lapang, jejaka baru peluk Islam akui sukar gambarkan perasaan tatkala pertama kali solat - “Hanya saya di situ”

Menurut wakil kumpulan itu, Muhammad Hafizuddin Mohd Nuzi, 17, dia bersama 16 lagi rakan menginap di situ selama dua hari satu malam bagi mencipta kenangan memandangkan mereka bakal menamatkan persekolahan tidak lama lagi.

"Kami 17 orang semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kawan satu sekolah. Sebenarnya ada dua kumpulan yang solat.

Hafiz yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi merupakan jurufoto sambilan.

"Dalam gambar tu hanya separuh, separuh lagi kawan-kawan tengah buat persiapan barbeku. Kami bergilir-gilir. Jadi salah seorang kawan rakam foto masa tengah solat.

"Saya kongsi di Twitter, tak sangka dapat perhatian ramai sampai macam ni. Kami di sana untuk sambut Tahun Baru je," ujarnya.

Nak buat aktiviti apa pun dah tak risau, sebab dah siap solat.

HAFIZ

Mesra disapa Hafiz, dia turut menerima kecaman di Twitter kerana dianggap menunjuk-nunjuk melakukan ibadat.

Namun katanya, dia bersyukur apabila ramai yang faham dan memberikan kata-kata positif buat dia dan rakan-rakan.

Aktiviti barbeku sempena Tahun Baru 2021 pada Khamis malam.

"Solat kena jaga, kena solat tepat pada waktunya. Masuk waktu, terus solat. Jadi kita akan rasa masa lebih panjang selepas itu.

"Nak buat aktiviti apa pun dah tak risau, sebab dah siap solat. Ada juga yang kecam, tapi saya tak kisah.

"Tak ambil hati pun. Mana yang komen baik-baik, pun saya terima dengan hati terbuka semuanya," kata Hafiz lagi.

Mereka turut mandi-manda di sebuah air terjun berdekatan.

Selain barbeku mereka turut mandi manda di sebuah air terjun berdekatan.

Kata Hafiz, dia yang juga seorang jurufoto perkahwinan sambilan di sekitar Terengganu dan Kuantan, Pahang turut melakukan sesi photoshoot bersama rakan-rakan sewaktu menginap di situ.

Antara foto yang dihasilkan Hafiz.

Bercerita mengenai dirinya, Hafiz sudah setahun berkecimpung dalam bidang fotografi dan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan.

Malah, dia juga banyak berkongsi hasil fotografi menerusi aplikasi TikTok dan Instagram.

Sehingga kini, posting di Twitter itu menerima lebih 3,400 ulang kicau.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain