RAMAI sebenarnya yang masih buntu bagaimana untuk memulakan langkah menuju ke alam perkahwinan. Antara masalah utama, bagaimana untuk memulakan bicara dan menzahirkan lamaran kepada si dia. Di Twitter, tular satu paparan skrin perbualan WhatsApp memaparkan cara seorang lelaki melamar rakannya secara spontan dan bersahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal berkahwin Januari 2021, gadis merayu bapa pulang jadi wali... nak kenal lebih rapat - “Sepanjang 23 tahun, jumpa abah hanya tiga kali” ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda - “Inilah jodoh saya, rezeki awal untuk halalkan dia” "Wei nak kahwin tak? Tapi ni jujur ni. kalau tuhan jodohkan aku dengan kau kan, kau nak kahwin tak?" soal lelaki itu. Bercerita kepada mStar, Saidatul Athirah Mohd Zafri mengaku mesej berkenaan dihantar oleh Muhammad Hafizuddin Bujang yang kini sah menjadi suaminya sejak 27 November lalu. Saidatul Athirah berkata dia berkongsi paparan mesej itu kerana mendapat inspirasi daripada posting seorang rakan dan sama sekali tidak menyangka ia akan tular. "Saya nampak kawan saya buat posting macam tu. Jadi saya buat juga, tapi tak sangka dapat perhatian ramai. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November lalu. "Rata-rata netizen terhibur sebab cara dia mesej ajak saya kahwin. Ramai yang kata nak take note, nak cuba cara itu. "Saya dan suami pun ada baca komen. Kami gelak-gelak sebab ia kelakar," ujarnya, Menurut wanita dari Melaka yang mesra disapa Athirah itu, perjalanan ke arah penyatuan dirinya dan suami bukanlah seringkas yang disangka, sebagaimana ringkasnya cara dia diajak berkahwin dalam mesej tersebut. Katanya, mereka yang sudah berkenalan sejak tamat sekolah pernah membawa haluan masing-masing sebelum kembali berkawan sekitar dua tahun lalu. "Saya dan suami dah kenal masa lepas sekolah pada tahun 2013. Kenal melalui kawan-kawan, kami dalam satu geng sama. "Kami bercinta sekejap dan putus pada tahun 2014. Sejak itu, kami bawa haluan masing-masing sehinggalah dia start contact balik pada tahun 2018. Kawan-kawan semua terkejut. Mereka tak sangka kami akan bersama semula. ATHIRAH "Dalam tempoh senyap lama tu, dia ada orang lain... begitu juga saya. Memang tak pernah terfikir akan bersama semula," imbasnya. Menurut Athirah lagi, dia dan suaminya, masing-masing berusia 26 tahun mengambil keputusan untuk berkahwin selepas mereka kembali bersahabat pada 2018. "Saya terima balik sebab saya pun dah kenal dia. Masa tu kami pun tiada sesiapa. Dia pun nak settle down. "Kalau dah betul-betul serius nak kahwin, InsyaAllah dua-dua pihak akan cuba untuk ke arah yang lebih baik," ujarnya. Dedah Athirah lagi, rakan-rakan dia dan suaminya turut terkejut apabila mendapat tahu perhubungan yang ternoktah pada 2014 itu kembali terjalin semula pada 2018. "Kawan-kawan semua terkejut. Mereka tak sangka kami akan bersama semula. Sebab selama ni dah bawa haluan sendiri. Athirah tidak sangka dia dan suami akan kembali berhubung selepas membawa haluan masing-masing pada 2014. "Kebanyakannya memang terkejutlah. Tapi saya percaya dengan ketentuan Allah," ujarnya. Tambahnya, dia kini turut bekerja sebumbung dengan suaminya di sebuah syarikat di Melaka. Sehingga kini, posting di Twitter wanita itu turut menerima lebih 2,200 ulang kicau dan dihujani pelbagai komen netizen. "Kau nak kahwin tak? Seronok kalau betul mudah sebegini. "Simple and direct. Saya suka. "Senangnya dia ajak kahwin," tulis beberapa netizen.