suria

Kongsi video tentang munafik sampai dapat berjuta tontonan, bakal guru diminta buat tutorial cara pakai serban - “Saya tak rasa kacak pun”

Aziq membuat tutorial pemakaian serban atas permintaan netizen.

BERDAKWAH melalui aplikasi TikTok.

Itulah yang dilakukan Aziq Fiqrie Abdul Majid, 19, yang juga penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Menurut bakal guru Bahasa Melayu yang mesra disapa Aziq itu, dia tidak sangka video perkongsian potongan hadis yang dihasilkannya meraih sehingga 2.5 juta tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah - "Mak pesan jaga mana wajib"

ARTIKEL BERKAITAN: Ubah persepsi negatif, bakal arkitek ajar tajwid seminit guna TikTok - “Kalau tinggal al-Quran, masalah simple pun boleh stres”

Dalam video tersebut, dia menggunakan filter khas memaparkan wajahnya bertukar menjadi seram, sekali gus mencuri perhatian ramai netizen.

"InsyaAllah, saya nak buat content dakwah di TikTok. Saya dah mula main TikTok sejak awal tahun lepas, sekadar isi masa lapang.

"Saya sangat terkejut, tak jangka jumlah tontonan sampai juta-juta. Saya harap ramai yang dapat manfaat.

Aziq mula menggunakan TikTok pada tahun 2019.

"Dalam video tu, saya nak sampaikan mengenai isu munafik, bahawa kita tak boleh hakimi seseorang berdasarkan pakaian mereka. Tak kisahlah berserban, berjubah mahupun pakaian biasa.

"Dalam video tu saya masukkan kata-kata Saidina Umar, muka yang seram tu saya pakai filter je," ujarnya kepada mStar.

Menurut Aziq yang berasal dari Lenggong, Perak, dia turut menghasilkan satu lagi video lain, memaparkan tutorial pemakaian serban atas permintaan netizen.

Pada saya, dalam kita berhibur di TikTok, perlulah selitkan juga mengenai akhirat.

AZIQ

Ujarnya, dia juga tidak kisah dengan apa jua komen ditinggalkan, termasuklah yang memuji wajahnya apabila dia dikatakan kacak.

"Saya berserban dalam video munafik tu, jadi ada netizen komen minta tutorial. Sebenarnya mudah je, tak sampai seminit pun kalau dah mahir.

"Alhamdulillah, syukur dengan komen-komen positif. Mengenai rupa paras, saya tak rasa kacak pun. Tapi saya tak kisah komen-komen tu semua," ujarnya.

Video isu munafiq memaparkan wajah Aziq bertukar seram menerima 2.5 juta tontonan.

Kata Haziq lagi, dia melihat aplikasi TikTok yang digemari anak muda sebagai satu platform mudah dan efisyen dalam menyampaikan dakwah.

Namun katanya, dia juga berhati-hati dengan apa yang disampaikan, khuatir sekiranya ia salah dan boleh memberi kekeliruan kepada orang ramai.

"InsyaAllah nak teruskan lagi content bermanfaat. Saya juga rujuk ustaz mengenai content, tak nak memandai-mandai. Takut salah bagi info.

Aziq berasal dari Lenggong, Perak.

"Selain itu, ada juga rujuk kawan-kawan yang belajar agama.

"Pada saya, dalam kita berhibur di TikTok, perlulah selitkan juga mengenai akhirat," ujarnya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain