suria

Nampak biri-biri ‘macam harimau nak makan orang’, remaja dah tak fikir apa... terus panjat belakang abang - “Kalau kambing biasa saya pernah tengok”

Video memaparkan tiga beradik yang ketakutan dihampiri biri-biri menerima hampir sejuta tontonan di TikTok.

KURANG 24 jam dikongsi menerusi aplikasi TikTok, video memaparkan tiga beradik yang ketakutan dihampiri dua ekor kambing biri-biri menerima hampir sejuta tontonan.

Menurut pemilik video, Mohamad Amran Amri, 28, tiga individu berkenaan merupakan adik beradiknya sendiri.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Amran mendedahkan kejadian itu berlaku di sebuah ladang haiwan di Cameron Highlands, Pahang, pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka berdarah kacukan gara-gara video TikTok, jejaka akui ada yang terkejut dia boleh cakap loghat Kelantan - “Orang pelik saya ada accent?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah - "Mak pesan jaga mana wajib"

"Kami datang sambut Tahun Baharu dan hari lahir saya di Cameron Highlands. Yang kat dalam video tu merupakan kakak, abang dan adik saya.

"Saya baru je post di TikTok, terkejut dengan reaksi yang diterima. Kebanyakannya komen positif, ramai yang terhibur.

"Pada masa yang sama, ramai yang komen dan tegur saya. Saya nyatakan di kapsyen bahawa haiwan itu merupakan seekor rusa.

Amran berkongsi video memaparkan abang, adik dan kakaknya yang ketakutan dihampiri biri-biri menerusi TikTok.

"Tapi saya tahu ia biri-biri. Sengaja letak kapsyen begitu," ujarnya yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ramli Amri, 22, individu yang paling gamat dalam video berkenaan mengakui tindakannya itu berlaku secara spontan sewaktu mereka menuruni sebuah tangga di taman berkenaan.

Berasal dari Labuan dan baru sahaja menetap di Seremban, dia mendedahkan ini merupakan pengalaman pertamanya berdepan dengan kambing biri-biri.

Saya dengan fikiran kosong masa tu, terus lompat atas belakang abang.

RAMLI

"Dekat pintu masuk tu, baru je kami turun tangga, biri-biri tu macam nak gigit kami. Macam mengganas.

"Saya first time tengok biri-biri... pertama kali dalam seumur hidup saya. Saiznya juga besar. Kalau kambing biasa tu saya pernah tengok di Labuan sebelum ini

"Saya rasa takut, pada masa sama tak perasan abang tengah rakam video. Biri-biri tu macam nak makan kami, macam harimau.

Mereka berada di Cameron Highlands untuk bersantai sempena kedatangan Tahun Baharu 2021.

"Saya dengan fikiran kosong masa tu, terus lompat atas belakang abang walaupun ramai orang," ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, peristiwa lucu itu dianggap sebagai kenangan bagi permulaan tahun 2021.

Malah, dia juga tidak ambil hati sekiranya ada yang meninggalkan komen memperkatakan tentang aksinya itu.

Ramli spontan melompat akibat ketakutan tanpa disedari abangnya, Amri sedang merakam video.

"Tak ambil hati, kami positif je. Apabila ia viral, kami anggap sebagai kenangan, pembukaan tahun ini.

"Video tu pun secara spontan. Saya pun terkejut juga bila dia post di TikTok," ujarnya lagi.

Selain Amran dan Ramli, kunjungan tiga hari dua malam ke pusat peranginan itu turut disertai kakak, abang ipar serta seorang lagi abang mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain