suria

Semua nak sempurna, kalau boleh seekor semut pun tak nak tengok! Isteri dedah stres buat kerja rumah lenyap selepas ada ‘sesi khas’ dengan suami setiap malam

Seorang wanita berkongsi kaedah yang diamalkannya untuk menangani stres berdepan dengan tugas seharian sebagai suri rumah.

BAGI wanita yang sudah berkahwin, pastinya mereka tahu betapa lelahnya memikul tanggungjawab sebagai suri rumah.

Sejak celik mata pada subuh hari sehinggalah tiba waktu untuk melelapkan mata, boleh dikatakan tugas mereka sebagai suri rumah masih belum selesai.

Tidak kiralah sama ada mereka bergelar suri rumah tangga sepenuh masa atau masih bekerja, hanya tuan badan sahaja yang mengetahui betapa penatnya menggalas tanggungjawab tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Masak, cuci kain tugas siapa? Pengantin diuji soalan ‘cepu emas’ sebelum tok kadi beri sijil nikah... isteri kerut dahi, terkejut jawapan suaminya tepat!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tengok isterinya, polis balik buat risikan selepas syak ada ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga – “Diam-diam saya masuk rumah...”

Ditambah pula dengan kerenah anak-anak kecil, secara tidak langsung para suri rumah akan lebih mudah berasa stres jika tidak kena caranya.

Bagaimanapun, posting seorang pelayar Facebook yang berkongsi pengalamannya menangani stres sepanjang empat tahun bergelar suri rumah, benar-benar menarik perhatian netizen.

"Betul. Ada masa kita okay tapi akan ada masa kita down. Teramat sangat.

"Ini cerita aku, yang segalanya nak perfect. Tak nak habuk, tak nak makanan bersepah, tak nak lantai toilet basah. Even nampak semut seekor dalam rumah pun aku dah stres seharian. Penat kan jadi aku?

"Tapi tu dulu. Now, aku dah boleh terima semua tu. Dengan keadaan, dengan tumbesaran anak-anak... makan sepah, mainan dalam toilet bowl, coco crunch dalam laci baju.

"Aku perlu terima, aku perlu faham situasi dan keadaan ini, aku perlu bertenang. Tak panik bila air tumpah macam dulu. Sebab husband selalu cakap 'Dah tumpah, lap.. simple. Tak nak lap, tinggal situ abang buat," tulis pelayar bernama Atikah Hamzan ini.



Wanita ini mengakui bahawa pada permulaannya, dia turut dibelenggu stres dengan tugas seharian sebagai suri rumah. Gambar hiasan.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, daripada sering dibelenggu stres dengan tugas sebagai suri rumah dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan secara sambilan, dia akhirnya mampu bertenang dan lebih rileks selepas mempraktikkan satu kaedah.

"Setiap malam aku ada sesi terapi yang dalam tak sedar dah empat tahun juga kami cipta sesi terapi tu. Selama 4 tahun ni, setiap malam sebelum tidur, suami aku akan urut kaki aku.

"Sambil urut tu, dia akan tanya macam mana, apa, bagaimana lalui seharian ini? Jadi pada sesi tu juga aku akan cerita A- Z aktiviti harian kami empat beranak masa suami bekerja. Macam daily report la.

"Ya, sudah empat tahun begitu," ceritanya.

Setiap malam aku ada sesi terapi yang dalam tak sedar dah empat tahun juga kami cipta sesi terapi tu. Selama 4 tahun ni, setiap malam sebelum tidur, suami aku akan urut kaki aku.

ATIKAH HAMZAN

PELAYAR FACEBOOK

Dedah wanita ini lagi, kesan daripada terapi yang dicipta bersama suaminya itu amat menakjubkan dan memberi kesan yang sangat positif yang bukan sahaja menghilangkan rasa stres, malah membuatkannya lebih bersemangat mendepani tugas yang menanti pada keesokan hari.

"Nak tahu apa aku dapat after therapy session tu? Rasa segalanya macam refresh. Very fresh untuk hadap hari esok pula.

"Simple je kan? Urut kaki sambil bagitahu daily report. Tapi kesannya pada seorang housewife macam aku? Sangat efektif. Sangat memberi tenaga baharu.



Wanita ini mengakui, terapi khas bersama suami yang dipraktikkannya sejak beberapa tahun lalu memberikan kesan positif dalam menangani stres. Gambar hiasan.

"Sampai aku begitu semangat tiap hari, buat semua housewife works dengan tenang dan lengkap sebab tak sabar nak tunggu malam untuk therapy session tu.

"Tak perlu pun balik kerja bawa kek, coklat, gelang... Urut kaki dan jadi pendengar yang baik pun dah memadai dan besar jasanya buat kami," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 1,500 shares.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain