NYANYIAN penuh emosi seorang remaja berusia 19 tahun ternyata mencuri perhatian netizen. Buktinya, beberapa video nyanyian Adam Nuqris Ahmad Kamarulzaman menerima ratusan ribu jumlah tontonan dalam masa singkat. Paling popular tentunya apabila dia menyanyikan lagu Salahku dendangan asal Yonnyboii. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi majlis kenduri kahwin padam video nyanyian lama di YouTube, tak ada kaitan dengan tuduhan ‘try hard’ nak tiru suara Ella Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Adam mendedahkan sukar untuk percaya bahawa namanya kini menjadi sebutan ramai menerusi aplikasi itu. "Saya memang suka menyanyi dari dulu. Tapi tak pernah masuk pertandingan. Biasanya nyanyi dalam tandas atau dalam kelas. "Gitar pula saya belajar dengan kawan-kawan je. Tak pernah belajar secara profesional. Saya juga baru je berjinak-jinak dengan TikTok. Adam mula aktif di TikTok pada Disember lalu. "Saya mula post cover lagu pada Disember lepas. Saya terkejut bila lagu cover Yonnyboii dapat perhatian ramai," ujarnya. Dedah Adam, dia cukup terharu dengan sokongan yang diterima menerusi aplikasi itu dan menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya. Kebanyakan komen yang ditinggalkan memuji nyanyian penuh penghayatan dan emosi serta ada mengakui sebak mendengar suaranya. Menurut Adam lagi, dia tidak menolak seandainya diberi peluang mengembangkan kerjaya seni suatu masa nanti. Dulu masa kerja barber, kalau tak ada customer saya akan menyanyi. ADAM "Saya terharu dengan sokongan semua orang. Saya anggap mereka semua macam geng saya je. Terharu sebab saya bukan sesiapa pun. "Kalau ada yang komen negatif tu, saya tak ambil hati. Saya ikut flow je. Jika ada tawaran untuk masuk industri muzik, saya juga terima. "Saya baru nak bermula, apa je peluang saya akan terima," ujarnya yang meminati penyanyi Alif Satar. Adam berniaga bersama sahabatnya sejak PKP. Tambah Adam, dia juga akan memulakan saluran YouTube tidak lama lagi untuk berkongsi video-video nyanyian yang sebelum ini hanya dimuat naik di Instagram dan TikTok. Bercerita mengenai dirinya, Adam merupakan seorang peniaga kentang goreng bersalut keju bakar di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Menurut remaja itu, perniagaan berkenaan dilakukan bersama rakannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu. Nyanyian penuh emosi Adam menerima pujian ramai. Selain bakat nyanyian dan memasak, Adam juga berkebolehan dalam bidang dandanan dan pernah bekerja sebagai tukang gunting rambut sewaktu berusia 18 tahun. "Dulu masa kerja barber, kalau tak ada customer saya akan menyanyi. Sekarang saya buat perniagaan dengan kawan pula. "Jual fries tu mula-mula depan rumah je, kemudian kami buka kedai pula," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)